Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.rian] | سهارين

Definisi : sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.rian] | سهارين

Definisi : , sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seharian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon Tuan terangkan perbezaan maksud 'harian' dan 'seharian' serta contoh penggunaannya. Kehidupan harian atau kehidupan seharian yang lebih tepat? Aktiviti harian atau aktiviti seharian yang lebih tepat? Sekian, terima kasih.

Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.
Makna15.02.2017
Dalam penggunaan seharian, negeri merujuk kepada 'state' tetapi dalam konteks yang lain seperti Kementerian Luar Negeri, perkataan negeri tersebut merujuk kepada 'country' pula. Mengapakah ini berlaku? Adakah ia berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang lama?

1. Penggunaan Kementerian Luar Negeri sudah mantap, digunakan sejak tahun 1966 lagi.

 

2. Negeri juga membawa maksud negara (Rujukan: Kamus Dewan Perdana).

Lain-lain05.10.2021
Dalam percakapan seharian, terdapat ungkapan " saya tak kesah" (e taring), yang bermaksud "saya tak ambil hati". tetapi saya tidak dapat mencari ejaan yang betul bagi "kesah" dalam kamus. Saya telah merujuk kepada entri "kisah" dan "kesah" tetapi kedua-dua entri tidak menunjukkan maksud berkenaan. Apakah ejaan sebenar bagi perkataan ini?Ejaan yang betul bagi bahasa percakapan tersebut ialah "saya tidak kisah" (tetapi disebut kesah). Walau bagaimanapun tidak ada data dalam sumber rujukan kami tentang ungkapan berkenaan.Tatabahasa01.09.2012
Sejauh mana kepentingan warna dalam kehidupan seharian? atau Sejauh mana signifikasi warna dalam kehidupan seharian?Sekiranya ada perkataan Melayu yang boleh digunakan lebih baik menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan.  Walau bagaimanapun signifikasi lebih membawa maksud "penandaan" atau "pemaknaan" dan bukan "kepentingan".
Lain-lain08.03.2016
Apakah perbezaan antara kehidupan harian dengan kehidupan seharian? Terima kasih.Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.Tatabahasa09.10.2018
Soalan kesalahan tatabahasa PT3:- 1) Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurang sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Bolehkan saya dapatkan jawapan kesalahan tatabahasa bagi soalan di atas?Ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa dan fakta. Ayat yang gramatis, Ilmu yang dimiliki akan berkurang sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.Tatabahasa15.02.2019
Saya ingin mendapatkan senarai perkataan dari kumpulan perkataan yang kerap digunakan Dalam pertuturan seharian sehingga kumpulan perkataan yang sangat jarang digunakan bagi tujuan kajian dan penyelidikan yang sedang saya jalankan. Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada pihak DBP ada menyediakan senarai tersebut atau pihak tuan/puan ada cara yang tertentu bagi memudahkan carian saya? Terima kasih.Salam puan budiman, Berkenaan soalan yang pertama, pihak kami mengandaikan tentang kekerapan penggunaan perkataan. Pertama sekali, pihak kami tidak menyediakan senarai penggunaan perkataan seharian. Tetapi perkhidmatan korpus DBP mungkin boleh membantu. Walau bagaimanapun, korpus ini melibatkan gugusan atau himpunan tulisan/teks daripada bahan bertulis seperti buku, akhbar, majalah, dan lain-lain dalam pelbagai genre bagi tujuan penyelidikan. Cara penggunannya, buat carian Google (Korpus DBP). Klik Pengguna Awam. Baca syarat dan klik setuju. Boleh buat carian kata harian yang ingin kita kaji. Contoh, masukkan perkataan 'makan'.  Klik cari dan keluar paparan konkordans dan kolokasi. Untuk melihat taburan penggunaan, boleh klik medan kolokasi dan jana kolokasi kata tersebut. Semoga membantu. Sekian.Lain-lain16.10.2020
Adakah rangkai kata kehidupan harian dan kehidupan seharian betul? Atau hanya salah satu daripadanya yang betul. Terima kasih.Kedua-dua frasa kehidupan harian dan kehidupan seharian betul. Tatabahasa26.05.2021
perbezaan bahasa biasa yang digunakan seharian dengan bahasa sastera?Bahasa biasa ialah bahasa pengucapan yang digunakan sehari-hari, manakala bahasa sastera atau laras sastera banyak digunakan dalam karya kreatif. Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan lanjut. Terima kasih.Lain-lain05.02.2009
Salam sejahtera, Dari sudut mentranskripsikan perbualan seharian, ada kalanya terdapat perbualan yang mungkin berbentuk bahasa tidak rasmi/bahasa pasar. Oleh yang demikian, jika dialognya begini "ku sedang makan epal" atau "ku sangat mencitaimu" atau "ku pandai menarik perhatianmu". Sepatutnya, ku digantikan dengan aku. Namun, dari sudut transkripsi, haruskan ku dicantumkan dengan perkataan di sebelahnya? Maaf jika soalan saya ini kurang memuaskan. Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain.

Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan:

1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang.

2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku.

3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.

Manakala, bagi kata ganti nama diri singkat “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.

Tatabahasa30.11.2020
1234567

Kembali ke atas