Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
client-centered theoryteori pemusatan klienPsikologiPsikologi UmumTeori yang mencadangkan supaya seseorang klien seharusnya berperanan sepenuhnya dalam menguruskan kehidupan dan meningkatkan motivasi diri. Kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri dan kebolehan untuk berubah seharusnya berada di tangan klien sendiri dan bukannya ahli terapi.
consolidationkonsolidasiPerubatanTiadaKeadaan apabila tisu yang seharusnya lembut dan tidak padat menjadi padat dan keras. Misalnya, lobus peparu yang dipenuhi eksudat semasa pneumonia.
omisie/omissie/omissionketinggalanKesusasteraanTiadaPenghilangan sesuatu bahagian yang seharusnya ada dalam sesebuah teks.
premature eruptionpengeruptan pramatangPerubatanTiadaPengeruptan gigi lebih awal dari seharusnya.
public valuenilai awamPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat murni yang seharusnya dimiliki oleh masyarakat sebagai satu norma sosial dalam kehidupan seharian. Setiap kelompok masyarakat mempunyai nilai yang tersendiri seperti memerlukan kebebasan, keadilan, hak yang dihormati, keselesaan dan keamanan. Semua nilai ini diharapkan dapat dipelihara secara bersama oleh pemerintah dan anggota masyarakat secara serentak, walaupun hakikatnya mungkin hanya separuh tercapai.

blockblokKejuruteraanKejuruteraan KimiaKumpulan bahan yang sama, tetapi tidak seharusnya bersifat sama dalam reka bentuk eksperimen statistik.
ability to paymampu bayarPentadbiranTiadaPrinsip percukaian yang menyatakan jumlah cukai seharusnya bergantung kepada kemampuan.
precocious pubertybaligh prekosiusPerubatanTiadaPerkembangan fisikal dan mental lebih awal daripada yang seharusnya.
paraformparaformPerubatanTiadaIstilah ini digunakan kadangkala sebagai singkatan untuk paraformaldekid, walaupun ianya tidak seharusnya.
administrative Platonismfaham pentadbiran PlatoPentadbiranPentadbiran Awam

Paradigma yang mempercayai bahawa pentadbiran awam seharusnya menekankan piawai etika yang tinggi sebagai mengimbangi kuasa birokratik. Paradigma ini dipelopori oleh Paul Appleby. Beliau menggariskan lima prinsip moral pentadbir awam iaitu, (i) memiliki perasaan bertanggungjawab (ii) kemahiran berkomunikasi dan mentadbir sumber manusia (iii) berkeupayaan untuk memantap dan menggemblengkan sumber institusi (iv) bersedia untuk menghadapi sebarang masalah serta bekerja dengan pihak lain sebagai satu pasukan dan (v) mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memperkenalkan idea baru. Paradigma ini juga menekankan bahawa pentadbir yang berwibawa jarang menggunakan kuasa birokrasi secara tegar sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

123456

Kembali ke atas