Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.he.lai] | سهلاي

Definisi : ; daun ~ setahun sj tumbuhan (herba), daun satu tahun, Nervilia aragoana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.he.lai] | سهلاي

Definisi : satu helai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.he.lai] | سهلاي

Definisi : satu helai: ~ sepinggang pakaian yg ada pd tubuh saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehelai

Puisi
 

Tetak mengkuang parang sumbing,
     Tetak sehelai dimakan kambing;
Hendak dibuang tidak terbuang,
     Ibarat darah dengan daging.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kain sehelai berganti-ganti.

Bermaksud :

Suami isteri yang miskin.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat pasif untuk ayat-ayat berikut? Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu.Ayat yang diberikan ini "Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." tidak mengikut hukum  tatabahasa iaitu kata kerja aktif transitif memerlukan objek sebagai penymbut. Manakala ayat pasif bagi ayat "Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu" ialah "ibu dia dihadiahi olehnya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu". Ayat pasif bagi ayat ini pula "Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." ialah "Ibu dihadiahi oleh saya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu."Tatabahasa22.05.2017
Tuan/Puan, Berkenaan Penjodoh Bilangan Saya telah menemui penggunaan penjodoh bilangan seperti berikut: 1)berhelai-helai baju bergantungan di dalam biliknya. 2)Sehelai demi sehelai kertas dibakar. 3)Helai-helai suratkhabar berkecamuk. Saya tidak pasti contoh-contoh tersebut dianggap mematuhi tatabahasah. Bolehkah penjodoh bilangan mengalami proses penggandaan seperti contoh-contoh tersebut? Terima kasih.Ayat satu dan dua adalah betul kerana perkataan helai boleh menjadi penjodoh bilangan dan boleh juga membawa maksudnya sendiri. Ayat ketiga kurang tepat penggunaannya.Tatabahasa28.06.2011
Ayat mana yang betul? A) Ibu saya menjahitkan sehelai baju untuk saya. B) Ibu saya menjahit sehelai baju untuk saya.

Ayat yang betul ialah Ibu saya menjahit sehelai baju untuk saya.

Tatabahasa11.11.2009
Ayat mana yang betul? A) Saya membelikan ibu saya sehelai baju. B) Saya membeli ibu saya sehelai baju. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Saya membelikan ibu saya sehelai baju.

Tatabahasa11.11.2009
1) Sehelai atau sekeping kertas? 2) Sekeping atau sehelai wang kertas? 3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala ke atas nenek saya. (Gramatis?) 4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (Gramatis?)Jawapan soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Jawapan soalan (4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (ayat yang gramatis). Tatabahasa22.02.2019
Sila rujuk lampiran fail. Terima kasih. soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Bolehkah saya tahu mengapa sekeping wang kertas dan bukannya sehelai wang kertas; sedangkan penjodoh bilangan bagi kertas ialah sehelai? Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? - Doktor Aminah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. - Nenek saya menjalani pemeriksaan berkala di hospital kerajaan.
  1. Penjodoh bilangan untuk wang kertas ialah sekeping. Ini kerana wang kertas berbentuk nipis atau pipih. Sedangkan penjodoh bilangan sehelai sesuai digunakan untuk benda yang nipis dan lebar.
  2. Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul dari segi penggunaan tatabahasanya.
Tatabahasa27.02.2019
1.Rani menulis pengumuman lalu menampalkannya pada sehelai kertas di papan kenyataan. Atau Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya di papan kenyataan. 2. Penunggang -penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. Atau Penunggang -penunggang harus menggunakan laluan basikal yang disediakan.1. Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya pada papan kenyataan.
2. Penunggang-penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. 
Tatabahasa07.05.2014
Salam sejahtera, mencucikan = mencuci sesuatu untuk orang lain. 1. Saya mencucikan sehelai baju datuk. 2. Saya mencucikan datuk sehelai baju. Ayat yang mana betul ? Terima kasihDalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak. Apitan me-...-kan ini memerlukan objek bernyawa. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Saya mencucikan datuk sehelai baju."

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 197 untuk memahami fungsi apitan me-...-kan.
Tatabahasa15.05.2013
ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN BASAH.ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN YANG BASAH.Lain-lain21.03.2011
Tuan, Apakah penjodoh bilangan untuk kain? (sehelai kain ? / sekeping kain?) Terima kasih.Penjodoh bilangan bagi kain ialah sehelai kain.Tatabahasa28.11.2016
123456

Kembali ke atas