Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.hen.ti] | سهنتي

Definisi : mempunyai atau menyediakan pel­bagai perkhidmatan atau barangan yg ber­kaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.hen.ti] | سهنتي

Definisi : ; pusat (kedai dsb) ~ pusat, kedai dsb yg menyediakan pelbagai perkhid­matan atau barangan yg diperlukan pelanggan di satu tempat: Pelbagai barangan dpt dibeli di pusat ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehenti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan 'one-stop marketplace' dalam Bahasa Melayu?Cadangan kami one-stop marketplace diterjemahkan kepada pasaran sehenti atau Pusat Pasaran Sehenti sekiranya merujuk tempat.Penyemakan dan penterjemahan23.08.2019
Yang manakah terjemahan paling tepat bagi "One Stop Centre for Gold"? Pusat Sehenti Emas atau Pusat Emas Sehenti?Terjemahan yang dicadangkan ialah Pusat Emas Sehentian.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2016
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Efisien. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.Lain-lain09.02.2022
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Mengagumkan. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.
Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.
Lain-lain09.02.2022
one stopsehentiLain-lain30.12.2008
Mohon pencerahan bagi istilah sebenar bagi perkataan 'one-stop' di dalam Bahasa Malaysia. Carian saya di laman web PRPM ini (di bawah menu 'Istilah Malaysia') mentafsirkan 'one-stop' sebagai serenti. Adakah istilahnya serenti atau sehenti? Sekian, terima kasih.Maksud one-stop itu perlu dilihat pada penggunaan ayat atau konteks ayat.  Jika merujuk kepada pusat pemulihan, kita sebut "serenti", apabila merujuk kepada  perkhidmatan atau barangan kita sebut "sehenti atau sehentian"Istilah13.10.2014
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggaraTerjemahan yang betul untuk  "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah   Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara .Penyemakan dan penterjemahan09.04.2014

Kembali ke atas