BURUNG SEPAH PUTERI | Burung sepah puteri ialah burung tenggek yang hidup dari selatan Asia sehingga Filipina dan dari Australia ke timur sehingga Kepulauan Solomon. Burung sepah puteri ialah burung kecil yang warna asasnya coklat atau warna gelap yang lain. | UMUM | |
ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
NANGKA | Nangka ialah pokok tropika yang cepat tumbuh dengan buahnya besar dan boleh dimakan. Pokok ini malar hijau dan tumbuh sehingga 15 meter tingginya. Ia mempunyai bunga jantan dan betina yang berasingan. Buahnya boleh mencapai sehingga 27 kilogram beratnya. Ia mempunyai bau yang harum dan isinya berwarna kuning dan bergetah. | UMUM | |
ARGYLLSHIRE | Argyllshire sehingga tahun 1975 ialah sebuah kaunti di pantai barat Scotland. Lihat Kawasan Strathclyde dan Scotland. | UMUM | |
ABERDEENSHIRE | Aberdeenshire, sehingga tahun 1975, ialah kaunti yang besar di timur laut Scotland. | UMUM | |
TAMARIN | Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset, tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ). Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya sehingga 1 kilogram. | UMUM | |
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS | Pertempuran Muktamad Lima Belas merupakan pertempuran yang mempunyai kesan dan makna yang hebat sehingga ia mengubah sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya dikenali sebagai pertempuran muktamad atau penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian telah berlaku. | UMUM | |
ZON EKONOMI EKSKLUSIF | Kawasan laut yang menganjur sehingga 200 batu nautika dari darat sesebuah negara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
SUDIRMAN HAJI ARSHAD | Sudirman Haji Arshad (1954–1992) ialah penyanyi Malaysia yang terkenal. Dia lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan di Pahang sehingga Tingkatan Enam dan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1980. Dia meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di Kuala Lumpur. | UMUM | |
PITJANTJATJARA | Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini mempunyai sedikit punca air atau lembah yang subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah dan lembing tetapi tidak menggunakan boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput dan bahagian tumbuhan untuk makanan. | UMUM | |