Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Garuda diburu layang-layang yang dapat.

Bermaksud :

Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
well-balanced dietdiet seimbangTiadamutu makanan seimbang/diet seimbangPerubatan
balanced developmentpembangunan seimbangpembangunan seimbangpembangunan seimbangSains Politik
balanced occlusionoklusi seimbangoklusi seimbangoklusi seimbangPerubatan
balanced fertilizationpemupukan seimbangpembajaan seimbangpembajaan seimbangPertanian
steady statekeadaan seimbangkeadaan seimbangkeadaan seimbangPerikanan
equilibrium yeildhasil seimbanghasil seimbanghasil seimbangPerikanan
equilibrium catchtangkapan seimbangtangkapan seimbangtangkapan seimbangPerikanan
balanced rationransum seimbangrangsum seimbangrangsum seimbangPenternakan
well-balanced lightingpencahayaan seimbangpencahayaan seimbangpencahayaan seimbangKomunikasi Massa
imbalanced growthpertumbuhan tak seimbangpertumbuhan tidak seimbangpertumbuhan tak seimbangSains Politik
1234

Kembali ke atas