dwarfism | kekerdilan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Saiz badan yang kecil atau rendah disebabkan oleh faktor genetik atau perubatan. Kekerdilan ini terbahagi kepada dua, iaitu kekerdilan tak seimbang dan kekerdilan seimbang. Kekerdilan tak seimbang ialah apabila ada antara anggota badan yang bersaiz kecil dan ada yang bersaiz biasa. Kekerdilan seimbang ialah anggota badan berkeadaan kecil dengan saiz yang sama. |
equilibrium moisture content | kandungan lembapan seimbang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Aras kandungan lembapan kayu yang seimbang dengan keadaan kelembapan bandingan dan suhu tertentu. Dalam keadaan ini kayu tidak akan menjerap lembapan atau mengeluarkannya. Pada kebanyakan kayu, aras ini berjulat antara 25 hingga 30 peratus. Aras ini dipengaruhi oleh sejarah pengeringan kayu. Kandungan lembapan seimbang lebih dikenali dengan singkat Ingeris EMC. |
balanced tree | pepohon seimbang | Teknologi Maklumat | Perisian | Pepohon yang mempunyai subpohon yang setiap satunya mempunyai ciri iaitu bilangan turunan di sebelah kiri adalah lebih kurang sama dengan bilangan turunan di sebelah kanan. Rajah pepohon seimbang ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 7: Pepohon seimbang |
balanced development | pembangunan seimbang | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha pembangunan menyeluruh yang mengimbangi antara keperluan manusia dengan keperluan untuk melindungi persekitaran. Pembangunan seimbang merangkumi pembangunan fizikal dan material, rohani dan jasmani demi kesejahteraan sejagat secara holistik. Pembangunan ini turut melibatkan pembangunan politik, pembangunan ekonomi, kesaksamaan sosial, penjagaan kualiti alam sekitar, pemuliharaan sumber, pembangunan bandar dan luar bandar dan sebagainya. Pembangunan seimbang biasanya akan melibatkan peruntukan yang besar bagi menjamin kelangsungan yang sempurna. |
balanced ration | rangsum seimbang | Veterinar | Tiada | Lihat diet seimbang. |
bilateral balance occlusion | oklusi seimbang bilateral | Perubatan | Tiada | Oklusi gigi yang seimbang di kiri dan kanan mulut pada semua posisi. |
unbalanced circuit | litar tak seimbang | Sosiologi | Tiada | Litar yang menyebabkan keadaan seimbang tidak berlaku. |
balance occlusion | oklusi seimbang | Pergigian | Tiada | Gigitan yang sekata (sama berat ) sebelah kiri dan kanan rahang. Sekiranya oklusi tidak seimbang, pengasahan setompok dilakukan pada kawasan gigitan yang tinggi. Lihat juga pengasahan setompok. |
balanced articulation | artikulasi seimbang | Perubatan | Tiada | 1. Hubungan harmoni permukaan oklusi semasa pada posisi sentrik dan esentrik.,2. Persentuhan serentak semua permukaan oklusi gigi bertentangan di setiap posisi. Sinonim: oklusi seimbang. |
euploid | euploid | Perubatan | Tiada | 1. Mempunyai bilangan set kromosom yang seimbang.,2. Individu atau sel yang mempunyai bilangan set kromosom yang seimbang. |