Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan.

      1.  Makanan seimbang penting untuk kita.
Penerangan:  Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”.
 
2.  Saya menghidangkan semangkuk bubur kepada nenek.
Penerangan:  Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama am “nenek” .

3.  Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikh.
Penerangan:  Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal.

4.  Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah beliau.
Penerangan:  Kata ganti nama diri orang ketiga beliau sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, beliau sesuai digunakan untuk ayah atau nenek.


1">

Tatabahasa15.03.2018
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh.

1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang.

2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai.

Tatabahasa18.10.2011
Selamat pagi, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah menepati hukum tatabahasa? Terima kasih. 1) Antara tingkah laku yang bersopan ialah menghormati orang tua. 2) Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah mengambil diet makanan yang seimbang.Ayat yang betul ialah
1. Antara tingkah laku yang sopan ialah menghormati orang tua.
2. Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah mengambil diet seimbang.
Tatabahasa23.07.2019
Salam sejahtera. Sya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1. Adakah "antaranya" bermaksud "contohnya"? Sekiranya bukan, apakah maksud sebenar "antaranya"? 2. Adakah penggunaan "antaranya" berikut betul? Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya ialah kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. 3. Adakah bunyi sebutan perkataan "khasiat", "khidmat", "khas", "khalayak" bermula dengan bunyi "k" atau bunyi "h"? 4. bunyi sebutan huruf "g" dalm perkataan "teknologi", "generasi", "tragedi" bermula dengan bunyi "g" atau "j"? Terima kasih.1. Antaranya dalam Kamus Dewan Perdana merupakan kata hubung yang membawa maksud salah satu daripada. Ayat yang betul ialah Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat antaranya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

2. Untuk menyemak aspek fonologi (bunyi) bagi perkataan, saudara boleh merujuk halaman prakata dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau prpm.dbp.gov.my, contohnya perkataan khalayak dan teknologi disebut berdasarkan bunyi yang berikut: [kha.la.ya/] dan [ték.no.lo.gi].
Tatabahasa08.12.2023
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun

Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya  mengikut panduan  berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan.

2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

 

Lain-lain14.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik?

Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman)

2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud.

3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)

Lain-lain14.07.2010
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai?1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya:
i. Mereka berbincang tentang masalah negara.
ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.
3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang.

2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:
1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.
ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.

3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya:
i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya.
ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi.
Tatabahasa15.09.2012
apakah maksud pincangan?Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Makna01.02.2013
1. Jambatan itu (ialah/ adalah/ -) yang terpanjang di negeri ini. 2. kelakuannya (ialah/ adalah/ -) seperti kakaknya. saya ingin memastikan penggunaan 'ialah' dan 'adalah' dalam kedua-dua ayat tersebut. ataupun tidak patut menggunakan "ialah" mahupun "adalah" kerana kelewahan. terima kasih.1. Jambatan itu yang terpanjang di negeri ini.
2. Kelakuannya seperti kakaknya.
Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti Antara perkara yang dibicarakan dalam buku ini ialah masalah moral remaja. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.
Tatabahasa21.05.2012
Oleh yang demikian, bilakah perkataan "adalah" boleh digunakan dalam sesuatu ayat?Harap pihak puan dapat memberikan beberapa contoh.Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: 1)Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar Bandar. 2)Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.Tatabahasa31.10.2011
12

Kembali ke atas