Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejarah;


Pantun

PantunSumberTema
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Zaman silam banyak kenangan, Peristiwa penting jadi sejarah; Siang dan malam tak mahu makan, Kerana pening tak jadi nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sebilah parang diasah tajam, Pandir hendak pergi menuai; Bila teringat sejarah silam, Air mata menganak sungai.Pantun Melayu SarawakKasih
Pulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah.Pantun Melayu SarawakAgama

Kembali ke atas