Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg me­ngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisah­kan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. me­nyejarah menjadi sbg sejarah; me­rupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli se­ja­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin memyemak ejaan perkataan berikut: (1) buku Sejarah atau buku sejarah (2) ahli Sejarah atau ahli sejarah (3) cikgu Sejarah atau cikgu sejarah (4) mata pelajaran Sejarah atau mata pelajaran sejarah (5) pelajaran Sejarah atau pelajaran sejarah (6) latihan Sejarah atau latihan sejarahUntuk makluman, perkataan "sejarah" dieja dengan huruf kecil. Huruf besar "S" digunakan sekiranya perkataan ini merujuk kepada nama mata pelajaran yang merupakan nama khas.
1. buku Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), buku sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
2. ahli sejarah
3. cikgu Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran Sejarah)
4. mata pelajaran Sejarah
5. pelajaran Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), pelajaran sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
6. latihan Sejarah ((sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), latihan sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran

Ejaan10.05.2012
Tuan, saya ingin memyemak ejaan perkataan berikut: (1) buku Sejarah atau buku sejarah (2) ahli Sejarah atau ahli sejarah (3) cikgu Sejarah atau cikgu sejarah (4) mata pelajaran Sejarah atau mata pelajaran sejarah (5) pelajaran Sejarah atau pelajaran sejarah (6) latihan Sejarah atau latihan sejarah Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "sejarah" dieja dengan huruf kecil. Huruf besar "S" digunakan sekiranya perkataan ini merujuk kepada nama mata pelajaran yang merupakan nama khas.
1. buku Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), buku sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
2. ahli sejarah
3. cikgu Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran Sejarah)
4. mata pelajaran Sejarah
5. pelajaran Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), pelajaran sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
6. latihan Sejarah ((sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), latihan sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran

Ejaan10.05.2012
Historical statement diterjemah ke dalam bm ialah kenyataan sejarah atau pernyataan sejarah atau penyataan sejarah?Pernyataan sejarahMakna25.03.2018
sejarah pembinaan bahasa melayuBahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan.Lain-lain01.09.2007
Apakah maksud sejarah ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) sejarah bermaksud:

sejarah
kata nama 
1 peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu yang ada kaitan dengan zaman sekarang:
Sejarah Malaysia dikatakan bermula sejak zaman Greek lagi kerana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “golden chersonese” oleh Ptolemy.
Al-Quran turut menyampaikan sejarah umat dan nabi-nabi yang terdahulu.


2
kajian atau pengetahuan tentang hal atau peristiwa yang berlaku pada seseorang, sesuatu tempat atau institusi pada suatu ketika dahulu; tawarikh:
Penekanan kursus ini diberikan kepada peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara.

3
(dieja dengan huruf besar) ilmu atau mata pelajaran yang mengkaji tentang peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, yang diajar atau dipelajari di sekolah, maktab, universiti dan sebagainya:
Aku rasa Fakhurazi jauh lebih pintar daripadaku dalam bidang Ekonomi, Pengajian Am dan Sejarah.
Dia mengambil subjek minor, Sejarah dalam pengajiannya itu.


4
peristiwa atau kejadian yang menjadi detik perubahan dalam perjalanan hidup seseorang atau sesebuah institusi:
Apabila bangsal tambahan itu siap dibina kelak, zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan bermula.
Biarlah hari ini kita bina satu permulaan baharu dalam sejarah persahabatan kita.
Jasdi menyingkap kembali sejarah hidup ayahnya yang penuh dengan ranjau dan duri.


5
rentetan peristiwa atau hal yang pernah berlaku kepada seseorang atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan dan sebagainya:
Keratan akhbar itu menyebut tentang sejarah kemalangan yang menimpa helikopter Nuri.
Vaksin ini disyorkan kepada lelaki yang tidak mempunyai sejarah infeksi beguk.


6
asal usul atau susur galur sesuatu keturunan; salasilah:
sejarah orang Melayu;

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus ini pada halaman 1994.
Makna06.11.2023
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008
minat terhadap sejarah dan minat akan sejarah. Kata sendi nama yang mana betul?Minat terhadap Sejarah. Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan Tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa07.04.2009
Ejaan; buku teks sejarah @ Buku Teks Sejarah?

Salam sejahtera,

Buku Teks Sejarah

Ejaan07.01.2013
setiap budaya mempunyai sejarah perkembangannya sendiri. Berikan sejarah perkembangan Kebudayaan Melayu dan huraikan bagaimana ciri-ciri kebudayaan mempengaruhi perkembangan kebudayaan Melayu.

Saudari boleh merujuk  pada bahan seperti dibawah :

1. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan MElayu terbitan DBP tahun 1999

Lain-lain20.04.2008
MAKSUD HISTORIOGRAFI?Maksudnya ialah atau kaedah pengajian sejarah; penulisan sejarah; karya atau hasil penulisan berkaitan dgn sejarah. Harap maklum.Makna26.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas