Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg me­ngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisah­kan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. me­nyejarah menjadi sbg sejarah; me­rupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli se­ja­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Filem sejarah rosak sejarah?Ramlah ZainalHarian Metro04.09.2007
Filem sejarah: merosakkan sejarah?A. Wahab HamzahUtusan Malaysia05.06.2007
Di antara sejarah lampau dan sejarah baru filem MelayuMansor PutehUtusan Malaysia30.03.1984
Sukatan pelajaran sejarah patut diubahsuai - tokoh sejarahTiadaUtusan Melayu29.08.1980
Esei-esei sejarah ditulis oleh pengkaji sejarah terkenalIsma M.SUtusan Malaysia24.09.1977
Sejarah Labuan perlu dibukukanTiadaUtusan Borneo18.02.2009
Sejarah perjuangan kemerdekaan SabahDoutis GoukitNew Sabah times24.08.2008
Sejarah kreatif Mazemie MazSalbiah AniBerita Harian10.04.2009
Sejarah peralihan kuasaKu Seman Ku HussainMingguan Malaysia22.03.2009
Sejarah wau negaraSyah Rul Aswari AbdullahHarian Metro19.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas