Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg me­ngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisah­kan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. me­nyejarah menjadi sbg sejarah; me­rupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli se­ja­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau kord boleh lentur disambungkan pada beban seperti lampu dan kipas. Terdapat tiga jenis ros siling, iaitu ros dua plat, tiga plat dan empat plat. (KEJ) cell lineage (nasabah sel) Sejarah keturunan sekumpulan sel daripada zigot sel tunggal. (BIO) cell wall check (retak dinding sel) Galur atau retak pada bahagian dalam dinding sel sekunder seperti retak pada trakeid kayu mampatan. (HUT FIZ) thermodynamic quality (kualiti termodinamik) Pecahan jisim atau mol yang berada dalam fasa wap bagi campuran wap dan cecair tepu. (KEJ) thermodynamic quantity (kuantiti termodinamik) Kuantiti terhingga yang bergantung pada sejarah atau laluan sesuatu proses. Kuantiti dijelaskan sebagai keluasan di atas graf. Kerja dan haba ialah contoh thermodynamic equation of state thermodynamic quantity thermodynamics temperature scale thermogenesis Kamus Sains.indb 630

Kembali ke atas