Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.jauh] | سجاءوه

Definisi : jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.jauh] | سجاءوه

Definisi : dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejauh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sejauh mana kejayaan 3m setakat ini dan apa perbezaan bahasa melayu dengan bahasa malaysia

Tidak ada maklumat tentang status kejayaan kemahiran asas 3M dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada sumber yang sahih (Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Kedua-duanya betul dan merujuk perkara yang sama. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu.

Lain-lain03.07.2011
sejauh mana bahasa melayu telah tersebar?

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan.  Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan.

 

Lain-lain18.10.2010
Sejauh manakah pencapaian Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perancangan taraf Bahasa Melayu? Apakah aktiviti yang menjurus kepada peningkatan taraf bahasa Melayu yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dari terbentuknya DBP sehingga masa sekarang. Terima kasih..Perancangan taraf bahasa Melayu yg dilaksanakan oleh DBP memang banyak dan berterusan. Untuk menjawab soalan ini sdr perlu membaca atau mendapatkan bahan mengenainya di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sdr bolehlah mendapatkan buku Citra yg membincangkan kemajuan yg telah dicapai oleh DBP dan perancangan berterusan yang selanjutnya. Terima kasih.Lain-lain19.03.2009
Sejauh manakah bahasa melambangkan bangsa?Bincangkan tajuk ini dari aspek budaya,identiti,jati diri,perpaduan dan penyatuan rakyat untuk negara kita.

Keterampilan seseorang apabila berbahasa menunjukkan asal keturunannya,jika baik, baiklah bangsanya, jika tidak, sebaliknya. Untuk maklumat lanjut dan terperinci tentang tajuk yang diberi sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.

Lain-lain11.12.2008
sejauh manakah perancangan taraf bahasa melayu yang dilaksanakan oleh dewan bahasa dan pustakaPerancangan taraf bahasa Melayu yg dilaksanakan oleh DBP memang banyak dan berterusan. Untuk menjawab soalan ini sdr perlu membaca atau mendapatkan bahan mengenainya di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sdr bolehlah mendapatkan buku Citra yg membincangkan kemajuan yg telah dicapai oleh DBP dan perancangan berterusan yang selanjutnya. Terima kasih.Lain-lain20.09.2008
sejauh mana penggunaan bahasa melayu baku dalam media massa di malaysia?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, baku bermaksud bukan sesuatu yg diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu. Dalam media elektronik seperti televisyen, bahasa Melayu aku aspek sebutan diberi penekanan. Media cetak pula memberi penekanan kepada aspek ejaan, tatabahasa, struktur ayat, tanda baca dan lain-lain. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami di DBP memantau semua program di media elektronik dan juga media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari semasa ke semasa. Pegawai yang menjalankan pemantauan akan membuat surat teguran atau surat pujian jika menggunakan bahasa Melayu yang betul. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh merujuk buku-buku atau laman sesawang yang berkaitan untuk merujuk tentang penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa. Harap maklum.Lain-lain26.07.2008
sejauh manakah penggunaan bahasa melayu di negara malaysiaBahasa Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa rasmi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa pengantar persekolahan, bahasa komunikasi sosial, bahasa ilmu, bahasa dalam bidang ekonomi dan undang-undang, bahasa dalam teknologi maklumat.Lain-lain13.03.2007
Saya agak keliru dengan ejaan bagi perkataan 'sejauh manakah'. Adakah 'sejauhmanakah' atau 'sejauh manakah'? Yang mana satu adalah betul?Perkataan "sejauh manakah" dieja terpisah.Tatabahasa25.08.2013
Assalamualaikum.. 1. Pertanyaan umum dalam ruangan ini perkataan'sejauhmanakah' dan 'sejauh manakah' sering digunakan. Yang manakah betul sejauh mana dieja rapat atau jauh?.Perkataan "sejauh manakah" dieja terpisah.Tatabahasa11.07.2013
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Terima kasih atas semua jawapan yang diberikan tadi. Saya ada satu lagi soalan tentang istilah "sejauh mana". Yang saya tahu, perkataan 'mana' hanya boleh digunakan untuk ayat pertanyaan. Bagaimana pula dengan "ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang" yang saya ambil dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sejauh+mana&d=158212&#LIHATSINI. Adakah ini bermakna istilah "sejauh mana" boleh digunakan untuk ayat bukan pertanyaan? Terima kasih.Perkataan sejauh mana bermaksud had mana atau hingga mana. Perkataan sejauh mana boleh digunakan untuk ayat seperti yang dinyatakan dalam soalan tersebut.Tatabahasa08.10.2019
123456

Kembali ke atas