Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah istilah yang betul bagi penggunaan pusat data? adakah 'Pengkalan data' atau 'Pangkalan data'?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "pangkalan data" yang bermaksud simpanan sejumlah besar data dalam bentuk yang dapat dikendalikan oleh komputer. 

Istilah23.08.2022
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain.1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar.


2. Apabila  berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan  mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain.
Tatabahasa11.12.2013
Mengapakah terjadinya penciplakan intertekstualiti dalam pembikinan hasil karya tempatan dan bagaimanakah cara untuk menanganinya?Ciplak secara ringkasnya mengambil karya orang secara sepenuhnya dan memasukkan ke dalam karya kita. Justeru, ciplak salah di sisi undang-undang. Akan tetapi, intertekstualiti bukan ciplak. Ia merupakan pengolahan dan penyesuaian yang kreatif oleh seseorang pengarang pada karyanya. Dalam erti kata lain, sebuah teks menghasilkan teks yang lain. Ini biasa berlaku. Jika saudara memahami intertekstualiti dengan baik dan menguasai hipogram, maka saudara akan lihat betapa banyaknya karya merupakan intertekstualiti. Sejarah Melayu misalnya merupakan intertekstulaiti daripada Hikayat raja-raja Pasai. Demikian juga dengan sejumlah besar karya Shahnon Ahmad, merupakan intertetestulaliti daripada pengarang-pengarang yang lain. Oleh sebab itu, pengaruh bacaan seseorang pengarang pada karya-karya lain tidak dapat dielakkan yang kemudiannya menghasilkan intertekstualiti.Lain-lain21.04.2007
Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka.

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Assalamualaikum dan selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin mengajukan soalan kepada pihak DBP berkenaan proses penerbitan buku oleh pihak DBP. Ini adalah kerana, seorang teman saya menyatakan bahawa dirinya dan rakan kongsi telah disaman oleh pihak DBP dengan sejumlah wang yang besar atas kesalahan percetakan. Kenyataan yang diberi bagi saya kurang logik dan saya dapat merasakan yang teman saya telah ditipu oleh rakan kongsinya bagi mendapatkan dana (penipuan). Adalah sangat dihargai jika pihak tuan sudi menyemak nama penulis dan tajuk buku ini untuk melihat jika benar penulis ini telah disaman oleh pihak tuan (sedang dalam proses mahkamah). tajuk buku: panduan rohani Penulis: Khasaf Penerbit: Dewan Bahasa Sekiranya tuan tidak berkeupayaan untuk membantu saya, saya berharap tuan sudi memberi saya nama pihak lain yang mungkin boleh membantu saya. Saya boleh dihubungi melalui talian email liyana1473@yahoo.com atau telefon (013-6769058)Assalamualaikum, Puan Liyana, Kita sudah berbincang tentang hal ini pada 21 April 2014. Seperti yang saya nyatakan, saya memohon maklumat lanjut daripada puan tentang kawan puan dan rakan kongsinya itu sebab setakat ini tiada kes saman oleh DBP terhadap penulis hanya kerana penulis menambah empat halaman manuskripnya yang pada asalnya dikatakan hanya 14 halaman (19 halaman setelah ditambah) itu seperti yang puan nyatakan dalam perbualan kita tempoh hari. Mohon puan hubungi saya semula setelah mendapat maklumat lengkap itu. atas kerjasama puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.Lain-lain11.03.2014
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Tatabahasa08.04.2012
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TK munsyi sesetengah peserta atau sesetengah daripada peserta? Munsyi, bilakah daripada digunakan bersama dengan kata bilangan? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Frasa yang betul ialah sesetengah peserta atau setengah-setengah peserta. Sesetengah atau setengah-setengah bermaksud beberapa (orang dan lain-lain),  Setengah bermaksud separuh  atau seperdua.Tatabahasa09.04.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu banyak. Mana satu yang betul: kebanyakan atau kebanyakkan. Mohon pencerahan.

Penggunaan yang betul ialah kebanyakan yang membawa maksud tidak berbeza daripada yang lain atau biasa; sangat banyak atau terlampau banyak melakukan sesuatu; dan sejumlah atau sebahagian besar

Untuk maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk
Kamus Dewan Perdana (terbitan 2021), halaman 207.

Ejaan28.02.2024
Yang mana satukah tepat penggunaannya, atas talian atau dalam talian? Ejaan akronim untuk Universiti Malaysia Sarawak sepatutnya Unimas (gabungan suku kata dengan huruf) bukannya UNIMAS (semua dibesarkan) betul tak?

   1. Padanan bagi ‘online’ ialah dalam talian.  2. Akronim bagi Universiti Malaysia Sarawak dibentuk daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Akronim ini membentuk kata nama khas Unimas dan ejaannya bermula dengan huruf besar (huruf pertama sahaja), iaitu Unimas.  Contoh lain adalah seperti Perhilitan-Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara, Mara-Majlis Amanah Rakyat dan Intan-Institut Tadbir Awam Negara. Namun melalui semakan kami, ejaan UNIMAS memang digunakan secara meluas sehingga terakam dalam Kamus Dewan.

Tatabahasa03.12.2014
perkataan seperti "tahun" yang membawa maksud jangka waktu dikategorikan di bawah golongan kata yang mana? Jika dibandingkan dengan perkataan "year" dalam kamus bahasa Inggeris, walaupun membawa maksud yang sama namun perkataan tersebut dikategorikan sebagai noun iaitu kata nama.Kata nama, kata kerja,dan kata adjektif bolehlah disebut sebagai golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Golongan kata nama, merangkumi sejumlah kata perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.


Kata nama terbahagi kepada tiga, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaan berpangkalkan huruf besar.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya dan ditulis dengan huruf kecil.


Perkataan tahun tergolong dalam kata nama am, kerana bersifat umum.
Tatabahasa09.03.2015
12

Kembali ke atas