Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAMAN

Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada

sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan

manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan

manusia disebut tanaman makanan . Tanaman yang

dimakan haiwan dinamakan tanaman makanan

haiwan . Tanaman lain yang dinamakan tanaman serat,

menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan

keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam

untuk menghiasi persekitaran manusia.

UMUM 
ASID NITRIK

Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan

formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai

banyak kegunaan industri, dan kegunaan

utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan

bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil

semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama

hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang

sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut

petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi

sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang

boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat

Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid

yang pertama pernah diketahui, dan digunakan

oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di

dalam eksperimen mereka.

UMUM 
MAPEL

Mapel ialah nama yang diberi kepada sejumlah

besar pokok menarik yang tumbuh di China dan

wilayah sederhana di utara dunia. Terdapat lebih

kurang 150 spesies mapel yang berlainan.

UMUM 
MIKROFILEM

Mikrofilem ialah sejenis filem foto yang

merakamkan imej bahan bercetak atau bahan lain

yang telah dikecilkan. Oleh sebab saiz imej ini telah

dikecilkan, mikrofilem boleh menyimpan sejumlah

besar maklumat dalam ruang yang kecil. Proses

membuat salinan mikrofilem disebut sebagai

mikrofotografi.

UMUM 
NYANYUK

Nyanyuk ialah istilah umum yang digunakan untuk

menerangkan masalah mental tertentu yang memberi

kesan terutama kepada golongan yang berumur.

Istilah nyanyuk sebenarnya merujuk kepada

sebilangan besar keadaan dengan sejumlah

penyebab yang besar. Kebanyakan pakar yang terlibat

dengan masalah golongan berumur ini, mengelakkan

daripada menggunakan istilah ini. Tiada satu keadaan

yang dikaitkan dengan penggunaan istilah ini tidak

dapat dielakkan dalam peningkatan usia, dan ramai

yang boleh dibantu dengan rawatan perubatan

secara spontan.

UMUM 
ARAB SAUDI

Arab Saudi ialah sebuah negara yang besar di

Timur Tengah yang juga salah sebuah negara

pengeluar petroleum yang utama di dunia.

Kebanyakan kawasan negara ini terdiri daripada

gurun yang luas yang dihuni oleh sejumlah kecil

penduduk dengan sedikit atau tiada tumbuh-

tumbuhan. Tetapi, di dasar bumi Arab Saudi terdapat

mendapan petroleum yang terbesar di dunia.

UMUM 
NOTA JANJI

Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak

boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk

membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut

ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada

orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa

janji hendak membayar balik wang yang telah

dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang

harus dibayar balik itu biasanya lebih besar

daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah

faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang

menandatangani nota tersebut dikenali sebagai

pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran

kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh

apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai

tarikh tebus .

UMUM 
MUSIM SEJUK NUKLEAR

Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan

dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang

mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang

seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim

sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan

yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi.

Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk

daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh

haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah

besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan

meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan

bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar

sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu

akan menurun dengan banyak, dan hujan akan

berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung

selama beberapa bulan atau tahun.

UMUM 

Kembali ke atas