Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Serak dagang bertali-tali,
     Putik nangka bertupa-tupa;
Abang balik sekali lagi,
     Bawa balik bunga cempaka.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
di nuovo (It)sekali lagiKesenianTiadaTiada
regression testingujian regresiTeknologi MaklumatTiadaPelaksanaan sekali lagi kes ujian yang telah berjaya dilakukan oleh atur cara untuk mengesan ralat yang terhasil semasa pembetulan perisian atau aktiviti pengubahsuaian.
reflection attackserangan pantulanTeknologi MaklumatTiadaJenis penyamaran yang menghantar mesej yang telah dihantar sekali lagi kepada pengirim asal.
refractory periodkala refraktoriBiologiHistologi dan SitologiTempoh apabila tisu yang telah dirangsang tidak boleh dirangsangkan sekali lagi selepas itu.
acquittalpembebasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeputusan mahkamah atau tribunal jenayah yang membebaskan atau melepaskan seseorang tertuduh daripada tuduhan. Si tertuduh dibebaskan apabila di hujung perbicaraan, mahkamah mendapati si tertuduh �tidak bersalah�. Si tertuduh yang dibebaskan tidak boleh didakwa sekali lagi atas pertuduhan yang sama atas prinsip ancaman berganda. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa.
orderly close-downtutup terus tertibKejuruteraanTiadaMemberhentikan sistem dengan menentukan permulaan tertib dan tiada kerosakan berlaku pada maklumat, dan pemberhentian ini akan mengemas kini rekod yang perlu dikemas kini dan tidak ada rekod yang mungkin ada ralat dikemas kini sekali lagi semasa sistem dimulakan semula.
Bulk-population selectionPemilihan populasi pukalPertanianAgronomi

Kaedah pembiakbakaan yang bermula dengan kacukan antara dua baka dan hasil kacukan ini (F1), ditanam secara besar-besaran. Pemilihan dibuat berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki, dan benih F1 terpilih ditanam dan pemilihan seterusnya dilakukan sekali lagi terhadap generasi F2 dan berikutnya. Kaedah ini harus dilakukan dalam skala yang besar seperti dalam tanaman komersial supaya kombinasi baka yang terbaik dapat dipilih.

intermittent gas liftangkat gas terputus-putusKejuruteraanTiadaSinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan.
cometkometAeroangkasaTiadaJasad samawi yang terdiri daripada nukleus, iaitu bahagian yang paling pejal dan padat dikelilingi oleh cahaya malap berkabus yang dikenali sebagai koma dan ekor yang terdiri daripada awan yang lebar memanjang yang mula kelihatan apabila menghampiri perihelion dan beransur-ansur menghilang apabila jaraknya dengan matahari meningkat sekali lagi.
CometKometMatematikTiadaJasad samawi yang terdiri daripada nukleus, iaitu bahagian yang paling pejal dan padat dan dikelilingi oleh cahaya malap berkabus yang dikenali sebagai Koma, dan ekor yang terdiri daripada awan yang lebar memanjang yang mula kelihatan apabila menghampiri perihelion, dan beransur-ansur menghilang apabila jaraknya dengan matahari meningkat sekali lagi.
1234

Kembali ke atas