Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekalian 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. rakan-rakan sekalian 2. rakan sekalianPerkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian.Tatabahasa15.06.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya. Istilah yang manakah benar? 1. Rakan sekalian 2. Rakan-rakan sekalian Terima kasih.Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian.Tatabahasa26.12.2012
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya kepada saudara@saudari. Antara berikut, yang manakah betul? 1)guru-guru dan rakan-rakan sekalian 2) guru-guru dan rakan sekalian 3) guru dan rakan sekalian Pendapat saya, yang betul ialah no 3. Hal ini adalah kerana sekalian telah membawa masuk jamak dan tidak memerlukan kata ganda di depannya. Walau bagaimanapun, pendapat daripada pihak saudara@saudari amatlah saya hargai. Terima kasih.Ayat no. 2 betul, no. 3 juga betul. Pendapat saudari benar, perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. Ayat no. 2 betul kerana perkataan "sekalian" digandingkan dengan perkataan rakan, bukan guru-guru. Ayat no. 3 juga betul sekiranya dalam konteks majlis tersebut hanya seorang guru sahaja yang ada.Tatabahasa21.03.2013
Dalam ucapan , adakah Yang Mulia , dan Yang Berusaha , Yang Diraikan perlu letak huruf besar. Adakah ayat ini betul; 1.Para hadirin sekalian 2.Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis , Guru Besar , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terima kasih.Dalam ucapan, setiap huruf pertama pada kata pangkal ayat perlu ditulis huruf besar seperti Yang Mulia, Yang Berusaha, Yang Diraikan, Para hadirin sekalian, Yang Mulia tuan pengerusi majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Tatabahasa18.05.2007
Soalan 1- Timbul keraguan tentang lagu "Negaraku", buku teks BM tahun 1 ms86,"ditulis lagu Negaraku, yang manakah betul? Soalan 2- adakah murid-murid sekalian, para murid sekalian betul ? Terima kasih

1. Ejaan yang betul ialah lagu Negaraku - tidak perlu tanda petik (" ") kecuali apabila menulis tajuk buku, bab dan sebagainya.

2. Ungkapan yang betul ialah sekalian murid atau murid-murid.

Tatabahasa27.07.2011
betul atau salah ayat di bawah dan mohoh bantu terangkan =) 1) kucing-kucing itu menjilat ekor "mereka" 2)para hadirin sekalian 3)audara saudari sekalian 4)tuan-tuan dan puan-puan sekalian 5)keluar dari pejabat saya! (betul atau salah pengunaan kata seru) 6)jemput datang ke rumah saya. 7)halim melaporkan dari New Delhi 8)semua kanak-kanak 9)guru-guru semua 10)ribuan penonton 11)berapa orang pelajarkah yang menyertai lawatan itu? 12)kuih itu dimakan bapa 13) kuih itu dimakan oleh bapa 14)kuih itu bapa makan1. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk binatang.
2. "Para hadirin" sahaja.
3. Saudara-saudari
4. Tuan-tuan dan puan-puan
5. Betul.
6. Betul.
7. Halim melaporkan ? dari New Delhi. Sepatutnya, "Halim melaporkan berita dari New Delhi".
8. Betul.
9. Guru semua atau guru-guru.
10. Betul.
11. Ayat yang betul ialah "berapakah orang pelajar yang menyertai lawatan itu?".
12. Salah.
13. Betul.
14. Betul
Tatabahasa07.05.2013
"Kamu" digunakan untuk menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu sahaja ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamu bermaksud 1. kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau 2. bererti atau sama dengan kamu sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua. Berdasarkan maksud yang diberikan, kamu boleh menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu orang sahaja.Makna14.04.2011
1. apakah perbezaan antara semua dengan segala? bolehkah tuan menerangkan perbezaan antara kedua-dua perkataan ini dengan ayat contoh? terima kasih

Saudara Lau,

Makna perkataan 'semua' ialah segala, sekalian.  Makna perkataan 'segala' ialah semua, sekalian.  Berdasarkan makna iyang diberikan kedua-dua perkataan boleh saling bertukar penggunaannya.  

Makna16.03.2010
Salam sejahtera, apakah istilah atau terma bagi ayat yang digunakan sebelum pengumuman sesuatu acara ketika mengacarakan majlis? Contohnya: 1. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian 2. Yang Berbahagia Dato', tuan-tuan dan puan- yang dihormati sekalian dan seumpamanya. Adakah ia juga dikategorikan sebagai penanda wacana? Terima kasih.

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dan sebagainya. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana, sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.

Berdasarkan contoh yang diberikan, frasa tersebut dikategorikan sebagai “kata-kata aluan”.

Tatabahasa09.09.2022
Mohon DBP cadang penggunaan yang tepat. 1. Sultan menganugerahkan ATAU mengurniakan pingat kebesaran...? 2. Selamat pagi guru dan rakan rakan sekalian / Selamat pagi guru dan rakan rakan. yang mana betul? Terima kasih.1. Penggunaan perkataan yang tepat dalam konteks tersebut ialah Sultan mengurniakan pingat kebesaran. 2. Frasa yang betul ialah Selamat pagi guru dan rakan sekalian.Lain-lain25.05.2021
1234

Kembali ke atas