Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : meskipun, sungguhpun, walaupun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : walaupun; sungguhpun; mes­­ki­­­­­pun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekalipun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, sungguhpun, walaupun, kendatipun, biarpun, walakin, mahupun, embuh-embuhan, namun.,

Peribahasa

Umpama minyak setitik,
     di laut sekalipun timbul jua.

Bermaksud :

Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan “kalau” dan “sekalipun” digunakan dalam satu frasa yang sama? Contoh: Kalau saya tiada duit sekalipun, saya tak akan mencuri.Perkataan "kalau" dan "sekalipun" tidak boleh digunakan dalam ayat yang diberikan kerana "kalau" dan "sekalipun" merupakan kata hubung. Kata hubung yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "sekalipun". Contoh ayat ialah "Sekalipun saya tiada duit, saya tidak akan mencuri."Tatabahasa17.07.2020
Tuan yang bijaksana, Adakah perkataan "sekalipun" tergolong dalam kata sendi? Partikel "pun" pada "sekalipun" mesti dieja rapat. Bagaimana pula sekiranya ia menunjukkan bilangan. Contohnya: Sekalipun Abdul Rahman tidak merungut. (membawa maksud Abdul Rahman tidak pernah merungut) Dalam ayat di atas, adakah partikel pun perlu dirapatkan juga?Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk panduan.

Berdasarkan maksud ayat yang dinyatakan, ejaan sekali pun dieja terpisah.
Tatabahasa22.04.2013
ingin tahu ejaan sebenar untuk perkataan "sekalipun". Perlu didekatkan atau jarak? Terima kasih

Ejaan yang betul ialah sekalipun.

Tatabahasa12.05.2010
1. Penggunaan 'pun': contohnya, sayapun, walaupun sekalipun. Adakah ejaannya dekat atau jauh dan peraturan penggunaannya. 2. Penggunaan 'kan' seperti "sayakan ada", "kitakan dalam masjid". Adakah boleh digunakan dalam dialog untuk terbitan dan ejaannya sama ada dekat atau jauh.Ejaan partikel 'pun' yang ditulis serangkai ialah adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. Terima kasih.Tatabahasa27.05.2008
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih.

1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam."

2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya.

Tatabahasa01.04.2010
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TKi. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. 
ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.  
iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.
Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut.
Tatabahasa05.11.2014
Dia sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun demi negaranya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQAyat yang gramatis ialah "Dia sanggup menggadaikan nyawanya demi negara."Tatabahasa16.02.2012
Mohon pandangan DBP, yang mana lebih tepat dan sesuai :- Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan langsung; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sama sekali; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sekalipun. Terima kasih.Ayat "Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan" sudah cukup lengkap, tidak perlu ditambah perkataan langsung, sama sekali atau sekalipun.Lain-lain29.04.2014
Puan Suraya akan menyebelahi anak bongsunya itu dalam apa-apa hal sekalipun. Tuan, ada kesalahan tak dalam ayat di atas?Tiada kesalahan dalam ayat tersebut.Tatabahasa14.06.2012
Seperti sedia maklum, kata bahasa Inggeris "repertoremic" tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM (sekalipun sebagai lema dalam kamus bahasa Inggeris) tetapi kata ini wujud hendak dieja dalam bentuk transliterasi bahasa Melayu (bukan dipinjam terus dan dicondongkan). Berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, adakah betul bentuk ejaan bakunya "repertoremik"?Mengikut kaedah penyesuaian ejaan, repertoremik boleh diterima sebagai padanan repertoremic dalam bahasa Melayu.Ejaan13.06.2013
123456

Kembali ke atas