Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : meskipun, sungguhpun, walaupun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : walaupun; sungguhpun; mes­­ki­­­­­pun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekalipun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, sungguhpun, walaupun, kendatipun, biarpun, walakin, mahupun, embuh-embuhan, namun.,

Peribahasa

Umpama minyak setitik,
     di laut sekalipun timbul jua.

Bermaksud :

Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISYPHUS

Sisyphus ialah pengasas kota Corinth dalam

mitologi Yunani. Dia adalah penipu yang terkenal

yang sanggup memperdayakan dewa-dewa

sekalipun.

UMUM 
NEUT

Neut ialah amfibia, seperti katak, kodok, dan

sesilia . Neut ialah sejenis salamander. Tidak

seperti katak dan kodok, neut dan salamander

lain mempunyai ekor, sekalipun semasa dewasa.

Ekor neut mungkin sama panjang, atau lebih

panjang daripada badannya.

UMUM 
TAKUNG EMBUN

Takung embun ialah kumpulan air yang cetek.

Kebanyakan takung embun terletak di kawasan

tanah tinggi berkapur seperti Downs Selatan di

selatan England (lihat Downs ). Ia menakung air

dalam masa yang lama sekalipun dalam musim

kemarau.

UMUM 
ASCH, SHOLEM

Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran

Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan

dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish.

Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan

merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama

dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa

berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha

mencari kesucian.

UMUM 
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
DOKTRIN MONROE

Doktrin Monroe, dilancarkan oleh Presiden

James Monroe dalam satu ucapannya di Kongres

Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Doktrin

ini menjamin semua negara yang merdeka di

Hemisfera Barat daripada campur tangan negara

Eropah sama ada “untuk tujuan menindas mereka

atau mengawal kehidupan mereka dengan apa

cara sekalipun.”

UMUM 
SYCAMORE

Sycamore ialah sejenis pokok mapel yang

berasal dari tengah dan tenggara Eropah. Ia

ditanam dengan meluas di bahagian-bahagian lain

di dunia. Pokok ini hidup subur dalam iklim yang

sejuk, lembap, biasanya di antara pokok-pokok

lain. Walaupun sycamore lebih subur di tanah yang

dalam, tersalir dengan baik tetapi ia boleh tahan

terhadap kebanyakan keadaan, sekalipun tempias

air laut. Sycamore tumbuh sehingga melebihi 60

meter tingginya. Pokok yang matang mempunyai

silara berbentuk bulat.

UMUM 
PERTUKANGAN

PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin.

BUDAYAKraf Tangan
ABU ZAYD AL-ANSARIY

Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.),

pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera

dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn

Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal.

Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu

yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru

dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj,

‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu

‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan

sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah

berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan

dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu

menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus

menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa,

namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu.

Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan

ilmu nahu”.

UMUM 

Kembali ke atas