Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : meskipun, sungguhpun, walaupun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.pun] | سکاليڤون

Definisi : walaupun; sungguhpun; mes­­ki­­­­­pun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekalipun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, sungguhpun, walaupun, kendatipun, biarpun, walakin, mahupun, embuh-embuhan, namun.,

Peribahasa

Umpama minyak setitik,
     di laut sekalipun timbul jua.

Bermaksud :

Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local lesionbelur setempatBiologiPatologiBelur pertama dan tidak berkembang yang nampak setelah inokulasi. Jika berkembang sekalipun ia hanya terdapat di kawasan itu sahaja. Belur seperti ini biasanya disebabkan oleh virus.
local lesionbelur setempatKimiaTiadaBelur pertama dan tidak berkembang yang nampak setelah inokulasi. Jika berkembang sekalipun ia hanya terdapat di kawasan itu sahaja. Belur seperti ini biasanya disebabkan oleh virus.
departmental prejudiceprasangka jabatanUndang-undangTiadaPerihal kakitangan sesebuah jabatan yang terikat dengan arahan atau dasar jabatan itu dalam membuat keputusan sekalipun fakta yang berkaitan belum dipertimbangkan.
commission of forceperlakuan kekerasanSejarahTiadaJawatankuasa atau badan yang diberi kuasa untuk melakukan tugas tertentu dalam keadaan terdesak atau darurat dengan apa cara sekalipun untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
administrative neutralitykepolosan pentadbiran; berkecualian pentadbiran; keneutralan pentadbiranSains PolitikTiadaSikap atau dasar kakitangan kerajaan, pelaksana dasar atau pengurus organisasi yang tidak memihak kepada mana-mana pihak sekalipun tetapi tegas menjalankan tugas yang dikehendaki.
poetic licenselesen puitisKesusasteraanTiadaKebebasan yang diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Pengkarya bebas menghasilkan karya mengikut acuan sendiri, sekalipun bertentangan dengan konsep karya penulis lain. Biasanya, lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair daripada cerpenis dan novelis.
dependency behaviortingkah laku kebergantunganPsikologiPsikologi UmumTingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah.
wakalah mutlaqahpewakilan mutlakPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa penuh kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjual tanah saya ini". B menjawab "Saya terima". Akad wakalah ini tidak menentukan harga dan cara pembayaran, tetapi terserah kepada budi bicara wakil untuk kebaikan pewakil. Mengikut pendapat jumhur ulama, wakil tidak boleh melaksanakan pewakilan yang diterima sekiranya menyalahi uruf setempat, sama ada dari segi harga atau cara pembayaran. Manakala mengikut pendapat Abu Hanifah, akad ini hendaklah dilaksanakan mengikut lafaz mutlak sekalipun boleh menyebabkan kerugian yang besar tanpa perlu merujuk kepada uruf setempat.
long-term memory (LTM))ingatan jangka panjang (LTM)PsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim.

Kembali ke atas