Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekapur;

Puisi
 

Makan sirih ujung-ujungan,
     Makan sekapur sambil berludah;
Saya di sini untung-untungan,
     Hidup bersyukur di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sekapur sirih boleh diterima sebagai penjodoh bilangan?Sekapur sirih bukan penjodoh bilangan, sebaliknya kata majmuk yang lazimnya digunakan sebagai tajuk kata alu-aluan dalam buku cenderamata. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekapur+sirih untuk maklumat lanjut.Tatabahasa27.01.2015
Pihak jabatan saya ingin mengeluarkan sebuah buku. saya ingin bertanyakan apakah yang sepatutnya ditulis di dalam sekapur sirih sesebuah bukuSekapur sirih merupakan kata alu-aluan daripada tokoh atau ketua jabatan.  Dalam penulisan buku untuk jabatan kata-kata aluan ini mungkin menceritakan tentang tujuan penulisan buku, mengapa buku ini ditulis dan harapan daripada ketua jabatan, juga boleh merakamkan ucap tahniah atas kejayaan penulisan buku tersebut.Lain-lain21.01.2011
apakah istilah atau ayat yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan kata alu-aluan untuk penerbitan sesebuah buku cenderamata selain daripada sekapur sirih, seulas pinang, secubit gambir?Cadangan lain ialah perutusan, petikan kata, sebait madah, sepatah bicara, dan pembuka bicara.Lain-lain25.01.2008
tuan/puan bagi saya 5 kata-kata aluan

Saudara, frasa yang betul ialah kata alu-aluan, bukan kata-kata aluan. Contoh kata alu-aluan yang biasa terdapat dalam teks ucapan yang dimuatkan dalam buku cenderamata / program sesuatu majlis ialah sekapur sirih, seulas pinang, setitis tinta, seuntai madah, sejambak bicara dsbnya. 

 

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas