Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekapur;

Puisi
 

Makan sirih ujung-ujungan,
     Makan sekapur sambil berludah;
Saya di sini untung-untungan,
     Hidup bersyukur di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih ujung-ujungan, Makan sekapur sambil berludah; Saya di sini untung-untungan, Hidup bersyukur di tangan Allah.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua.
Kurik Kundi Merah SagaBurung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata.
Kurik Kundi Merah SagaIbu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu.
Kurik Kundi Merah SagaTepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serusup tiang balaiku, Penyucuk mari kayu simpur; Kasilah sigup sama kiraiku, Minta cukupi pinang sekapur.
Kurik Kundi Merah SagaKain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur.

Kembali ke atas