Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.li.ling] | سکليليڠ

Definisi : segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.li.ling] | سکليليڠ

Definisi : sekalian yg ada di sekitar sesuatu; sekitar: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. ~ pinggang sangat banyak (bkn hutang dll): Hutangnya ~ pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekeliling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jiran sekeliling. jiran-jiran sekeliling. adakah kedua-duanya betul? terima kasih.Frasa "jiran sekeliling" adalah betul kerana perkataan jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri dan membawa makna jamak.Tatabahasa17.02.2012
Cikgu, penggunaan di bawah yang manakah baru betul? 1. prihatan terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 2. prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 3. prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. Kata nama "persoalan" bukankah kata nama tak hidup abstrak? Bukankah patut menggunakan kata sendi nama "tentang" atau "mengenai" sedangkan kedua-dua kata sendi nama ini sama maksudnya.Ayat yang betul ialah "prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling" dan "prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling".

Tatabahasa13.05.2014
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama.
Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan
...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita....
Tatabahasa10.05.2013
Saya mahu memasang pagar di sekeliling tanah saya dengan dinding ketinggian 6cm. betul ke ayat ini?Ayat yang betul ialah  'Saya mahu memasang pagar di sekeliling tanah saya dengan dinding berketinggian 6 cm'.Tatabahasa16.06.2022
Saya keliru bahawa pengggunaan "berkaitan dengan" atau "berkait dengan" barulah betul. Contoh: 1. ......berkaitan dengan alam sekeliling 2. ......berkait dengan alam sekeliling Yang manakah betul dan kenapa?Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, tuan perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan.Tatabahasa13.05.2014
Cikgu, saya keliru bahawa penggunaan "berkaitan dengan" dan "berkait dengan" yang manakah baru betul. Contoh: 1. berkaitan dengan alam sekeliling 2. berkait dengan alam sekeliling Yang manakah barulah betul dan kenapa?Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan.Tatabahasa13.05.2014
salam, apakah istilah atau perkataan bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan/kebakaran/jenayah?terima kasih.

Istilah bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan, kebakaran, atau jenayah iala pita sekatan keselamatan.

Tatabahasa18.02.2014
Apakah perbezaan antara alam sekitar dengan persekitaran? Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, manakala Persekitaran pula ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar.Makna26.09.2018
Assalamualaikum.. adakah perkataan "sesekali" dan "sekeliling" termasuk dalam kata ganda separa?

Kata "sesekali" merupakan Kata Adverba dan bukan Kata Ganda Separa.

Kata "sekeliling" merupakan Kata Nama dan bukan Kata Ganda Separa.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1996 dan 1023.

Lain-lain15.01.2024
Ayat manakah yang betul. Susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. atau Susun perkatan-perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. sana, dalam, situ, sini, antara merupakan kata nama arah. adakah 'sekeliling' juga tergolong dalam kata nama arah. contohnya : di dalam kotak, di luar kotak, di sekeliling kotak. Minta penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Yang betul ialah susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Perkataan di sekeliling merujuk tempat yang bermaksud kawasan persekitaran.

Tatabahasa12.07.2010
1234

Kembali ke atas