Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.li.ling] | سکليليڠ

Definisi : segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.li.ling] | سکليليڠ

Definisi : sekalian yg ada di sekitar sesuatu; sekitar: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. ~ pinggang sangat banyak (bkn hutang dll): Hutangnya ~ pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekeliling


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jerebuhazeFenomena alam sekeliling yang berlaku apabila udara mengandungi bahan pencemar seperti asap dan habuk halus pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan jarak penglihatan.Menengah Rendah
irisirisBahagian berwarna yang terdapat di sekeliling anak mata. Iris berfungsi untuk mengawal saiz anak mata dan jumlah cahaya yang memasuki mata. Lihat RajahMenengah Rendah
koronacoronaLapisan paling luar yang kelihatan di sekeliling matahari dan hanya kelihatan apabila berlakunya gerhana penuh matahari.Menengah Rendah
jerebuhazeKabut bercampur debu yang terapung-apung di udara sehingga menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Lihat RajahSekolah Rendah
garis dayaline of forceGaris yang menunjukkan corak medan elektrik atau magnet di sekeliling konduktor atau magnet tersebut. Anak panah biasanya digunakan untuk menunjukkan arah daya.Menengah Atas
akar sisilateral rootAkar yang tumbuh dari akar lain, seperti akar yang tumbuh di sekeliling akar tunjang. Lihat RajahMenengah Atas
kakisancorrosionPerihal kerosakan pada bahan atau tisu secara perlahan-lahan disebabkan oleh aktiviti tindakan kimia keadaan sekeliling.Sekolah Rendah
goutgoutPenyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi.Menengah Atas

Kembali ke atas