Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekejap mata; sesaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin bertanya frasa : dalam sekelip mata. Dalam sekelip mata sudah hari kedua. Adakah frasa ini diterima dalam ayat ini? Saya ingin menegaskan bahawa hari berlalu dengan sangat cepat, oleh itu saya guna dalam sekelip mata. Betulkah ayat ini dengan penggunaan dalam sekelip mata? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada pihak tuan.Penggunaan ayat "Dalam sekelip mata sudah hari kedua" betul.Tatabahasa09.02.2022
Yang manakah betul? 1. 'pendiangan' atau 'perdiangan' ? 2. 'Dalam sekelip mata, Jin Cincin menghantarnya pulang.' atau 'dengan sekelip mata' ? Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.1. Perkataan yang betul ialah pendiangan, iaitu tempat berdiang.
2. 'Dalam sekelip mata, Jin Cincin menghantarnya pulang.'
Tatabahasa31.01.2012
Tuan/Puan meletakkan soalan saya (tarikh soalan 2/2/12)sebagai jawapan dan tidak memberi jawapan bagi soalan saya. Harap Tuan/Puan boleh memberi jawapan yang mana betul: perkataan 'perdiangan' atau 'pendiangan' ? dan 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata' ? Berikut ialah soalan yang dihantar pada 2/2/12 dan tuan/puan tidak memberi jawapan. 1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini.1. Mengikut Kamus Dewan, Edisi Keempat Pendiangan  ialah tempat berdiang dan kata ini lazimnya digunakan dalam penulisan umum, manakala kata Perdiangan juga merujuk tempat berdiang atau dapur atau palong padanannya bahasa Inggeris ialah hearth. Namun, kata perdiangan lebih banyak digunakan dalam bidang peristilahan.
2. Frasa yang gramatis dari aspek tatabahasa ialah "dalam sekelip mata", namun frasa "dengan sekelip mata" juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kedua-dua frasa tersebut diterima dan boleh digunakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Tatabahasa03.02.2012
1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini.Tatabahasa02.02.2012
Selamat sejahtera, minta penjelasan bagi soalan berikut: 1)"Tolong maafkan saya" atau "Minta maafkan saya"? 2)"Dalam sekelip mata, makanan yang kami makan itu licin-licau." ayat ini betul?Bagi soalan 1, kedua-dua ayat "Tolong maafkan saya" dan "Minta maafkan saya" betul dan boleh digunakan. Kedua-dua ayat tersebut menggunakan kata permintaan tolong dan minta dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Bagi soalan 2, ayat "Dalam sekelip mata, makanan yang kami makan itu licin licau" betul dan boleh digunakan. Ayat ini ialah songsang yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang merupakan keterangan dalam predikat ke bahagian hadapan, iaitu mendahului subjek. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 451 dan 482.
Lain-lain13.09.2023
Hai dan salam sejahtera. Ingin bertanya penggunaan perkataan yang mana betul : dalam skrin atau pada skrin ? Cth ayat : segala maklumat akan terpapar (dalam / pada) skrin dalam sekelip mata Terima kasihJawapan yang betul ialah “pada skrin”.Tatabahasa28.01.2024
Salam DBP, Saya ingin mengetahui penggunaan 'kalau' dan "kalaulah" Menurut sumber yang saya peoleh "kalau" digunakan bagi sesuatu kejadian yang mustahil dapat dilakukan. Contoh Kalaulah saya menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha, saya akan,,,,, manakala "kalau" digunakan bagi sesuatu yang mampu kita capai. Contoh Kalau kita menang perlawanan itu, kita akan ....... Terima kasih Contoh

Perkataan "kalau" ialah kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya) atau jika dan jikalau. Dalam konteks "kalau" dan "kalaulah" tiada perbezaan makna, cuma penggunaan "lah" pada perkataan "kalau" bermaksud  kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu.

Tatabahasa15.11.2011
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011

Kembali ke atas