Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.ti.ka] | سکتيک

Definisi : 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sang­kupautnya dgn ramalan (perhitungan, pene­nungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pem­bahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) baha­gian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.ti.ka] | سکتيک

Definisi : sebentar; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat yang mana betul 1- Dia menyandarkan badannya pada dinding @ Dia menyandarkan badan pada dinding. 2-Dia terpaku seketika @ Seketika dia terpaku 3-Rani meluruskan kakinya @ Rani meluruskan kaki. Terima kasih atas bantuan pihak tuanKetiga-tiga ayat tersebut betul.Tatabahasa04.05.2013
Zaki sedang berehat seketika di rumah menumpang itu sebelum meneruskan pengembaraannya. Perkataan menumpang merupakan perkataan yang salah. Apakah perkataan yang essuai digantikan?Zaki sedang berehat seketika di rumah tumpangan itu sebelum meneruskan pengembaraannya.Tatabahasa17.03.2011
apakah bahasa rojak dan bagai manakah cara mengatasinya?Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Cara mengatasi bahasa rojak ialah pengguna hendaklah mengikut sistem dan tatabahasa yang betul, laras yang sesuai dan tidak mencampurkan bahasa Melayu dnegan bahasa-bahasa asing.Makna21.07.2008
Tuan, Penggunaan kata pemeri yang mana satukah yang betul dalam ayat di bawah? 1) Senyuman adalah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. ATAU 1) Senyuman ialah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. Mohon tuan sertakan jua penjelasan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, kata pemeri yang sesuai digunakan 'ialah'. Akan tetapi, jika perkataan 'ialah' dibuang, itu juga tidak menjadi satu kesalahan.Tatabahasa05.01.2016
sila berikan maksud sebenar bahasa rojak dan terangkan dengan lebih terperinci.Terima Kasih.Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul.Makna09.03.2008
Jika dalam dialog, bolehkah digunakan simbol ini '...' untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika?Tanda (...) dipanggil ellipsis yang menandakan terdapat pengguguran kata dalam teks. Ia boleh digunakan dalam dialog, akan tetapi bukannya bermakna untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika. Untuk lebih jelas, rujuk Gaya Dewan, terbitan DBP pada halaman 71.Tatabahasa28.10.2015
Saya sedang menterjemah istilah liguistik yang terpakai dalam bahasa Poland. Apa perkataan sesuai bagi "semelfactive" dalam linguistik Bahasa Melayu?Menurut merriam-webster.com, maksud semelfactive ialah Instantaneous atau Momentary. Maksud  Instantaneous  bermaksud serta-merta, segera atau seketika manakala momentary bermaksud sejenak atau seketika.Makna12.01.2020
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ?

kembungI

  • 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

 

gembungI

  • = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna06.12.2009
implikasi-implikasi bahasa rojak

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Bahasa rojak ialah bahasa yang  tidak menggunakan tatabahasa yang betul.  Implikasi atau kesan penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan bahasa Melayu dan pengguna tidak dapat membezakan antara bahasa yang betul dengan tidak, melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu dan seterusnya boleh menyebabkan hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain.  

 

Lain-lain06.02.2009
1) Dalam dialog, selepas titik tiga '...' perlukah diletak tanda koma? Contoh ayat, "Sa... sa... saya..." tergagap-gagap dia seketika. 2) Jika ayat penyata, perlukah titik tiga itu diletakkan satu titik lagi menjadi 4 titik, '....'? Contoh ayat, Dia terus hanyut dan hanyut...

1) Selepas elipsis atau titik tiga tidak perlu lagi tanda koma

2) Perlu letak titik jika selepas titik ialah tanda noktah dan dijarakkan terlebih dahulu, seperti contoh ayat: Dia terus hanyut dan hanyut ... .

Lain-lain15.06.2010
123

Kembali ke atas