Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama.
Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan
...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita....
Tatabahasa10.05.2013
Salam sejahtera, 1. Saya menerima surat dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) 2. Encik Roslan dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah 1. Saya menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar. 2.Encik Roslan dari Jabatan Alam Sekitar.Tatabahasa20.09.2018
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 
2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul.
Tatabahasa01.11.2018
Master of Environmental Technology jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adakah seperti berikut: 1. Sarjana Teknologi dalam Alam Sekitar ATAU 2. Sarjana Teknologi Alam SekitarPadanan bahasa Melayu yang sesuai untuk Master of Environmental Technology ialah Sarjana Teknologi Alam Sekitar.Makna13.07.2018
rencana tentang alam sekitar tahun 2008

Sila rujuk bahan ini :

1.

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Alam sekitar: permasalahan dan pengawalan1&Kata=Surtahman Kastin Hasan">Surtahman Kastin HasanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1997

2. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Masalah alam sekitar dan kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang1978
3 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Penilaian kesan-kesan alam sekitar1&Kata=Abdullah Mohamad Said">Abdullah Mohamad SaidInstitut Teknologi MARA1992
4. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Etika alam sekitar daripada perspektif islam, timur dan barat1&Kata=Mohd Zuhdi Marsuki">Mohd Zuhdi MarsukiPTS Publications & Distributors Sdn Bhd2002
5. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Permasalahan alam sekitar1&Kata=Fadil Hj. Othman">Fadil Hj. OthmanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1996
6. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Undang-undang alam sekitar1&Kata=Mohd. Bakri Ishak,Azmi Sharom">Mohd. Bakri Ishak,Azmi SharomDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2007
Lain-lain08.06.2008
Assalamualaikum tuan. Antara ayat di bawah, yang mana satu betul. 1) Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemari alam sekitar. *Patut guna mencemarkan atau mencemari alam sekitar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar."Tatabahasa30.12.2019
Assalam tuan/puan, Saya ingin dapatkan maklumat adakah buku aktiviti Matematik Tahun 1 Jilid 1 (Bahasa Melayu) telah ada dalam stok atau adakah telah dicetak? Hampir sebulan kami menunggu untuk mendapatkan buku tersebut sekitar Seremban dan Kuala Lumpur. Terima kasih atas perhatian tuan / puan/Waalaikumussalam WBT. Puan boleh menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian dengan melayari laman sesawang dbp.niaga.my. Terima kasih.Lain-lain13.02.2019
1.Beliau berminat melakukan tugas (memelihara , pemeliharaan) alam sekitar .Mana satu betul? 2.Pada musim cuti (persekolahan ,sekolah) yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. Mana satu yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 1. Beliau berminat melakukan tugas memelihara alam sekitar. 2.Pada musim cuti  sekolah yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya.  Tatabahasa22.09.2020
slm. Boleh semakm ayat di bawah betul atau salah. tq 1)Dia menunggu dan menunggu, namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. (perlu ada , ke sebelum namun?)Salam sejahtera,

Ayat yang betul tiada koma seperti di bawah:

Dia menunggu dan menunggu namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.12.2018
Salam sejahtera. Bolehkah ayat berikut diterima? 1. Hujan turun dengan lebatnya. 2. Dia memeluk ibunya dengan perasaan penuh kesyukuran. 3. Datuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. 4. Ana bangun dari katilnya lalu ternampak sebuah kotak kasut baharu. 5. Kita boleh membentuk perubahan positif dalam alam sekitar.Ayat nombor 1 - 4 boleh diterima.  Ayat nombor 5, sila betulkan: Kita boleh membentuk perubahan positif dalam menangani hal-hal berkaitan alam sekitar.Tatabahasa19.02.2022
12345

Kembali ke atas