Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cloud-detection radarradar pengesan awanSainsHidrometeorologiJenis radar cuaca yang direka bentuk khas untuk mengesan awan (bukan kerpasan). Radar ini menggunakan frekuensi radio hampir 30 000 megakitaran/saat yang bersepadanan dengan kepanjangan gelombang sekitar 1 cm (jalur K). Kepanjangan gelombang pendek penting bagi radar ini untuk mendapatkan serakan yang baik daripada titisan kecil yang membentuk awan. Cekak gelombang dipancarkan kepada zenith; oleh itu, hanya awan dan kerpasan yang secara langsung merentasi atas dari radar sahaja yang dapat dikesan.
nanoparticle reactivitykereaktifan nanozarahFizikNanoteknologiKeaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm.
collagenkolagenFizikNanoteknologiSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
environmentalam sekitar; lingkungan; persekitaranGeografiTiada1. Alam sekitar fizikal sebuah kawasan. 2. Persekitaran sebuah sistem kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan dan kehidupan seseorang.
large porous particle (LPP)zarah besar berliang (LPP)FizikNanoteknologiSatu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan.
aureoleaureolGeologiTiada1. Zon dalam batuan sekitar yang mengelilingi rejahan igneus, dan di dalam zon ini, batuan sekitarnya memperlihatkan kesan metamorfisme sentuh.
justifymewajarkanKejuruteraanTiada1. Menjajarkan data di sekitar sesuatu rujukan di bahantara storan.,2. Menghasilkan teks yang mempunyai jidar kiri dan kanan yang sedatar.
heavenslangitMatematikTiada1. Ruang angkasa di sekitar bumi.
life-cycle thinkingpemikiran kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi Hijau1.      Pendekatan minda yang prihatin agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dalam melakukan aktiviti kehidupan. 2.     Rangka kerja yang sistematik dengan mengambil kira pandangan menyeluruh terhadap pengeluaran dan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan serta penilaian kesan terhadap alam sekitar melalui keseluruhan kitar hayat.
angular momentummomentum sudutMekanikGunaanMomen bagi momentum linear. Bagai zarah berjisim m dan bergerak dengan halaju v, magnitud momentum sudutnya di sekitar paksi yang mempunyai jarak serenjang d dari garis tindakan v ialah mvd. Bagi jasad yang mengalami gerakan satah dengan halaju pusat jisim vG dan halaju sudut w, magnitud momentum sudut di sekitar paksi yang melalui pusat jisimnya ialah IGw, dengan IG sebagai momen sifatekun jasad itu di sekitar paksi berkenaan. Momentum sudut jasad itu di sekitar sebarang titik yang jarak serenjangnya dari garis tindakan vG ialah d diberikan oleh ungkapan IGw + mvGd. Momentum sudut diukur dalam unit kg.m2.s-1 atau N.m.s. Simbol yang lazim digunakan untuk momentum sudut ialah H. Momentum sudut juga dinamai momen momentum.
12345

Kembali ke atas