Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ki.ta.ran] | سکيترن

Definisi : keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tanya apakah perbezaan perkataan sekitaran dan persekitaran? (jika boleh sila berikan contoh ayat) terima kasih.
Maksud Persekitaran:
kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar:

Ayat:
Tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya.

Maksud Sekitaran:
keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu)

Ayat:
1. Kita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti sekitaran dan latar belakang bahasa murid.
2. Sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana sekitaran keluarganya;
Makna11.03.2014

Kembali ke atas