Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.koi] | سکوي

Definisi : sj tumbuhan (pokok drpd jenis padi dan buahnya), enjelai, jawawut, menjelai, Panicum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.koi] | سکوي

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya spt buah padi), Pani­cum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekoi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOI

Sekoi ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang

kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah

kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting

makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika.

Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi

tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis

digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di

sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi,

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

UMUM 
MINUMAN BERALKOHOL

Minuman beralkohol ialah minuman yang

mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol

dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti

barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh

daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain.

UMUM 
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 

Kembali ke atas