Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekolah permulaan (utk kanak-kanak); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEVEN-PLUS

Eleven-Plus ialah peperiksaan yang diambil oleh

murid sekolah rendah yang berumur antara 10

tahun sehingga 11 tahun di beberapa bahagian

di United Kingdom (UK).

UMUM 
ANASTASIA KAREN RAJ

Anastasia Karen Raj (1976– ) ialah atlet

Malaysia dalam acara jalan kaki. Dia lahir pada tahun

1976 di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal

di Sekolah Rendah Convent Sentul, dan Sekolah

Menengah Convent Sentul, Kuala Lumpur.

UMUM 
LATIHAN GURU

LATIHAN GURU, latihan yang diberikan kepada calon guru untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Latihan guru bagi sekolah rendah Inggeris bermula pada tahun 1905 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kursus ini dibuat secara pos.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
NUMEIRI JA'AFAR

Numeiri Ja’afar (1348 H.– / 1930 M.– ),

Jaafar Muhammad Numeiri ialah presiden

Republik Sudan dari bulan Mei 1969 hingga

April 1985. Dia lahir di Ummu Darman, belajar di

sekolah rendah dan menengah di sana.

Kemudian dia melanjutkan pelajaran di sekolah

Hantub Menengah yang sistemnya berdasarkan

kolej Ghurdun al-Tizkaryyah dan ramai gurunya

dari England.

UMUM 
JUNAIDAH AMAN

JUNAIDAH AMAN (1955 -    ),  olahragawati.  Dia lahir pada 18 Februari 1955 di Perak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Methodist Taiping.  Kebolehannya bersukan terserlah sejak dari sekolah rendah lagi apabila dia berjaya memenangi pingat dalam acara yang disertainya.  Namun penyakit asma yang dihidapnya menghalang Junaidah aktif bersukan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAHLAN MOHD. SAMAN

SAHLAN MOHD. SAMAN (1949 -     ), penulis.  Dia lahir pada 3 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar, Selangor (1956 – 1959), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam (1960 – 1962) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabah Bernam (1963 – 1967).  Sebelum memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur pada tahun 1970, dia bertugas sebagai guru sementara.

SASTERATokoh
AZHAR MOHD. SIMIN

AZHAR MOHD. SIMIN (1939 -      ), ahli bahasa. Azhar lahir pada 20 Jun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Stoney dan Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Insitution, sebelum memasuki Maktab Tentera di Port Dickson. Pada tahun 1959, Azhar melanjutkan pelajaran di Kirkby College, Liverpool, England untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL). Setelah tamat pengajiannya di Kirkby College, dia menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St. Gabriel, Kuala Lumpur selama lima tahun.

BAHASAKonsep
NOOR S.M.NOOR S.M. (1939 -    ), penyair. Dia lahir pada 2 Disember 1939 di Masjid Tanah, Melaka. Nama sebenarnya ialah Sabtu bin Manap. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah di Masjid Tanah sehingga tamat Darjah Tujuh pada tahun 1954. Selepas beberapa bulan, Noor S.M. dilantik sebagai guru pelatih. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1955 – 1957) dan setelah tamat dia bertugas sebagai pendidik di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Melaka. Dia belajar secara persendirian sehingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 dan dia pernah mengikuti kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia tetapi tidak selesai.

 

SASTERATokoh
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
MASHUDI KADER

MASHUDI KADER (1943 -     ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor.

BAHASATokoh
1234567

Kembali ke atas