Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[séks] | سيکس

Definisi : (séks) 1. sifat-sifat yg membezakan laki-laki dan perempuan, jantina; 2. keinginan syahwat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[séks] | سيکس

Definisi : /séks/ 1 jenis kelamin; jantina. 2 hal-hal mengenai perhubungan lelaki dgn perempuan; keinginan syahwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seks


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKS

Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada

wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik

dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan

dan keinginan yang mendalam. Melalui seks,

lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain,

jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak.

Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi

menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke

generasi, melalui pembiakan seks. Walau

bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan

lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai

kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang

semula jadi dan penting terhadap kehidupan

mereka.

UMUM 
PERSENYAWAAN

Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks

jantan dan betina untuk membentuk individu baru.

Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks.

Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks

yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem

pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang

disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil

daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali

sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia

menjadi embrio . Rencana ini membincangkan

persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk

maklumat tentang persenyawaan di kalangan

tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan

membiak).

UMUM 
PENDIDIKAN SEKS UMUM 
OVARI

Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang

organ seks wanita yang menyimpan dan

mengeluarkan telur. Ovari juga merembes

estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks

wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira-

kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak

di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen.

UMUM 
SIFILIS

Sifilis ialah penyakit yang berjangkit melalui

hubungan seks dan dapat menimbulkan beberapa

gejala yang teruk jika tidak dirawat. Sifilis

disebabkan oleh spirochaete (bakteria dalam

bentuk bergulung-gulung) dikenali sebagai

Treponema pallidum. Organisma ini hidup hanya

pada manusia dan biasanya berjangkit semasa

hubungan seks.

UMUM 
DES

DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan

sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen

semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan

oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES

ialah singkatan nama kimia hormon tersebut,

diethylstilbestrol.

UMUM 
MONROE, MARILYN

Monroe, Marilyn (1926–1962) ialah pelakon

filem wanita Amerika. Kecantikannya menjadikan

dia simbol seks yang masyhur di seluruh dunia.

Tetapi walaupun dia

berjaya dalam dunia

perfileman, Monroe

mempunyai kehidupan

yang tragik. Dia mati

ketika berusia 36 tahun

akibat memakan pil tidur

secara berlebihan.

UMUM 
KLAMIDIA

Klamidia ialah nama penyakit yang dijangkiti

melalui perhubungan seks. Penyakit ini disebabkan

oleh organisma Chlamydia trachomatis. Biasanya,

doktor menamakannya sebagai uretritis bukan

gonokokus atau uretritis bukan khusus.

UMUM 
EMBRIO

Embrio ialah haiwan atau tumbuhan pada

peringkat awal perkembangannya. Embrio

terbentuk daripada pembiakan seks apabila sel

sperma jantan bersatu dengan sel telur betina atau

ovum. Penyatuan ini dinamakan persenyawaan.

UMUM 
OATES, JOYCE CARO L

Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang

Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel

dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan

memberi penekanan terhadap seks dan keganasan.

Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar

ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan.

Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku.

Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia

boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki

karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik

bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang

masyarakat moden adalah tepat.

UMUM 
12

Kembali ke atas