Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé/.sa] | سيقسا

Definisi : (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (keseng­saraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah ceng­kaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiaya­an: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé/.sa] | سيقسا

Definisi : /séksa/ 1 kesakitan yg diderita atau yg ditanggung sbg hukuman; hu­kuman yg menyakitkan: Azab ~ Tuhan akan menimpa orang-orang yg tidak jujur. 2 sengsara; susah (bkn hidup dll): Hidupnya ~ benar. menyeksa 1 menghukum seseorang dgn men­jadikan ia sengsara (sakit, susah dll): Tidak baik ~ orang yg tidak berdosa. 2 menyebabkan berasa susah (sengsara dsb): ~ diri. terseksa dlm keadaan mengalami seksa: Dia sanggup pergi drpd ~ berpanjangan. seksaan rasa seksa: ~ yg ditanggung. penyeksaan perbuatan (hal dsb) menyeksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seksa (adjektif)
Bersinonim dengan sengsara, susah, perih, perit, pedih, azab, derita, getir, pahit, sempit, payah, sakit, hajab;,
Kata Terbitan : menyeksa, seksaan, penyeksaan, penyeksa,

Puisi
 

Malam ini malam Selasa,
     Malam besok malam Arbaª;
Lepas kamu dari seksa,
     Di hari kiamat minta doa.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tormentin ~, menanggung seksa: he spent the night in ~, semalaman itu dia menanggung seksa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
torture2. extreme anguish or agony (physical or mental) seksa: he was forced to undergo the ~ of watching his parents being cruelly beaten, dia terpaksa menanggung seksa menyaksikan ibu bapanya dipukul dgn kejamnya; the pain in my back is terrible. It’s sheer ~ sitting up, sakit di belakang saya teruk betul. Memang seksa betul hendak duduk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tormentn 1. physical or mental agony or pain, seksa(an): one who has never experienced the ~s of jealousy, seorang yg belum pernah menanggung seksa krn cemburu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pain b. (mentally) menyebabkan [sso] /seksa, sengsara/, menyeksakan: it ~s me to see you go, menyeksakan saya utk melihat kamu pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pain3. mental suffering , kesengsaraan, keseksaan, seksa, sengsara: his son caused him much ~, anak lelakinya menyebabkannya sengsara; the ~ of divorce, sengsara perceraian; 4. also ~ in the neck, (colloq) annoying, irritating, boring person or thing, [various translations]: she’s always whining. She’s a real ~, dia selalu merungut. Betul-betul menyakitkan hati; we left the key at home. What a ~!, Kita tertinggal kunci di rumah. Leceh betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hellget the ~ out of here, a. get out, berambus; b. run off quickly, cabut; give so. (merry) ~, (colloq), /teruk, seksa/ sso dibuat oleh: the boss gave him ~ this morning, pagi ini teruk dia dibuat oleh bosnya; (go) to ~, (colloq), (pergi) jahanam; like ~, (colloq) a. very hard, fast, etc, bagai nak gila: we worked like ~ all week, kami bekerja bagai nak gila sepanjang minggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas