Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.kua.sa] | سکواس

Definisi : seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekuasa


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sekuasa-kuasanyaseboleh-bolehnya, sedapat­dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sekuasaseboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sehabis-habis1 terlalu sangat; teramat sangat; paling: Orang-orang yg melihatnya menceritakan bahawa puteri itu ~ cantik. 2 sekuasa­nya; sedapat mungkin; sedapat-dapat; sepenuhnya: bekerja dgn ~ tenaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuasa I1. daya atau kemampuan (utk melaku­kan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentu­kan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat­dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, me­wakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau me­nguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai pengua­saan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor.Kamus Dewan Edisi Keempat
habis1 sedikit pun tidak ada yg tinggal lagi kerana sudah digunakan, dimakan dsb: Barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya. 2 sudah siap dikerjakan dsb; selesai; berakhir; tamat: Pd akhir bulan ini, ~lah kerja itu. Pertunjukan pertama ~ pd pukul lapan malam. 3 selepas; setelah; sesudah: ~ makan, dia pun pulang ke rumahnya. 4 kesemuanya; sekaliannya; seluruhnya: Kalau aku tak datang nanti, budak-budak itu ~ pulang. 5 kalau begitu; jadi: ~, takkan kita berdiam diri saja! 6 = sehabis teramat sangat; pa­ling: Gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. ~ akal tidak tahu apa yg hendak dilakukan; bingung. ~ bulan a. akhir bulan; hujung bulan. b. awal bulan yg akan datang. ~ licin habis semua sekali. ~ modal a. tidak ada lagi modalnya yg tinggal. b. tidak ada apa-apa lagi yg hendak dikatakan. habis-habis 1 hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2 habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. habis-habisan 1 sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2 sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. berhabis-habisan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. menghabisi menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menghabiskan 1 mengguna­kan (memakan, membelanjakan dll) se­suatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2 menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3 menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? kehabisan 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ. penghabisan 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. sehabis 1 sebaik-baik habis; sesudah; selepas: ~ ia berucap, para hadirin bertepuk tangan. 2 paling; terlalu sekali; habis. sehabis-habis 1 terlalu sangat; teramat sangat; paling: Orang-orang yg melihatnya menceritakan bahawa puteri itu ~ cantik. 2 sekuasa­nya; sedapat mungkin; sedapat-dapat; sepenuhnya: bekerja dgn ~ tenaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas