a) Apakah penjodoh bilangan untuk mayat dan hantu? b) Yang mana betul: seutas jam tangan atau sebuah jam tangan? c) Yang mana betul: kempen anti-merokok atau kempen antimerokok? | a) Kami cadangkan sekujur mayat (sekujur=segenap, seluruh, semua), manakala hantu tidak perlu penjodoh bilangan. b) Yang betul: Seutas jam tangan c) Yang betul: Kempen antimerokok | Tatabahasa | 14.02.2007 |
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C... | Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. | Tatabahasa | 11.07.2015 |
Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 12:23pm Mohon prncerahan pihak tuan dengan segera.. Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas | Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. | Tatabahasa | 08.07.2015 |
Apakah penjodoh bilangan bagi mayat? | Untuk pengetahuan puan, tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. bagi 'mayat', yang biasa digunakan ialah sekujur mayat. Harap maklum. | Tatabahasa | 06.09.2008 |
Salam sejahtera, Adakah sesuai jika penjodoh bilangan untuk mayat ialah 'bujur', contohnya sebujur mayat. Jika 'bujur' boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk mayat, bolehkah kata bilangan tak tentu 'beberapa' digunakan bersama perkataan 'bujur', contohnya "Beberapa bujur mayat telah ditemui di tempat tersebut." | Untuk pengetahuan tuan, tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Bagi "mayat" yang biasa digunakan ialah sekujur mayat. Manakala bagi banyak mayat, lebih sesuai menggandakan perkataan mayat menjadi mayat-mayat yang menunjukkan tidak tentu bilangan mayat. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.03.2013 |