Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ku.lar] | سيکولر

Definisi : (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisah­an kehidupan agama dgn kehidupan ~; pen-didikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau ber-kaitan dgn keagamaan; mensekularkan menjadikan sesuatu (sis­tem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam; kesekularan keadaan sekular; pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekular


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sekular(sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisah­an kehidupan agama dgn kehidupan ~; pen-didikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau ber-kaitan dgn keagamaan; mensekularkan menjadikan sesuatu (sis­tem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam; kesekularan keadaan sekular; pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
ummahAr umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): sistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dlm diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak meng-iktiraf pemisahan kehidupan agama drpd kehidupan sekular.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelajaran dewasapelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesekularankeadaan sekular;Kamus Dewan Edisi Keempat
mensekularkanmenjadikan sesuatu (sis­tem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat
celah1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (sela­sela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “Jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll); mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
ajar; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melaku­kan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu; berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpen­didikan, beradat: budak-budak itu tidak ~; belajar berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; mengajar 1. menyampaikan ilmu penge­tahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, men­didik, melatih, memberikan petunjuk-petun­juk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan penga­laman dsb yg telah diperolehnya: musim ke­ma­rau ini akan ~ kita supaya tidak meng­gunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memu­kul seseorang) supaya jera (tidak mela­ku­kan lagi sesuatu); itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman; mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (sese­orang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah; mengajarkan mengajar sesuatu (kpd sese­orang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitung­an yg sesulit ini; ia ~ cara-cara me­ngen­dalikan mesin tersebut kpd pekerja-pe­kerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajar­an; ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupa­kan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hu­kuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajar­kan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedom­an: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi; berpelajaran mempunyai pelajaran, ber­pen­­­didikan: ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para pe­minat; pembelajaran proses (kegiatan) belajar; pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petun­juk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat keku­rang­an tenaga ~; pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pem­beritaan akhbar itu; ~ ilmu sains; terpelajar telah mendapat pelajaran, berpe­lajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai; pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas