Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud tradisi masyarakat mengikut kamus dewan bahasaTradisi bermaksud sesuatu kebiasan(adat, kepercayaan, dll.) yang kekal turun-temurun. Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama. Oleh itu tradisi masyarakat bermaksud sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun dalam masyarakat(sekumpulan manusia). Makna26.03.2008
Apa beza antara segerombolan dan sekumpulan. Jika merujuk kamus dewan maksudnya sama.tp utk menjawab soalan objektif kena pilih satu jawapan shjMakna perkataan segerombolan dan sekumpulan adalah sama.  Walau bagaimanapun, bagi manusia biasa perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya.Makna06.08.2016
Manakah jwpn yg betul _____orang ramai segera melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau a. segerombolan b. sekumpulan skima jwapan diberi 'a' . adakah segerombolan hanya digunakan untuk pengganas atau penjahat shj.Bagi manusia perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya.Tatabahasa27.05.2010
Bolehkah "mereka" digunakan sebagai kata ganti nama diri ketiga untuk haiwan? Ataupun "ia" juga boleh merujuk kepada haiwan dalam bilangan yang banyak?Ia dan mereka ialah kata ganti nama diri manusia dan tidak digunakan bagi merujuk binatang. Dalam jumlah yang banyak, binatang tersebut boleh disebut sebagai kumpulan seperti sekumpulan gajah.Tatabahasa30.04.2015
apakah fungsi bahasa melayu dan komunikasi interpersonal..

Saudara Ismah,

Fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan. Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu), atau antara manusia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain14.04.2010

Kembali ke atas