Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
group shottangkap kumpulanKomunikasiTiadaTangkapan yang memperlihatkan sekumpulan manusia.
displacementpenyesaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan mendesak sekumpulan manusia supaya beralih dari sesuatu tempat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, penyesaran secara paksa bermaksud perbuatan mengusir atau memindahkan penduduk dengan cara kekerasan, dan keduaduanya merupakan perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. Penyesaran terhadap sesuatu kumpulan yang dilindungi merupakan niat khusus bagi jenayah kemanusiaan yang dikenali sebagai pembersihan etnik. Lihat juga pembersihan etnik.
phylogeny and ontogenyfilogeni dan ontogeniPerubatanTiadaPerkembangan serta pertumbuhan sekumpulan manusia atau binatang dan riwayat perkembangan individu.
clustering analysisanalisis klusterPsikologiPsikologi UmumTeknik yang melibatkan pembentukan beberapa kluster dalam satu jadual korelasi matriks. Contohnya, individu, sekumpulan manusia atau item tertentu diletakkan dalam kumpulan tertentu yang dinamai kluster, kemudian perbandingan dilakukan sama ada individu atau kumpulan tertentu tergolong dalam ciri kluster yang sama, atau berbeza dengan yang lain.
case study methodkaedah kajian kesPsikologiPsikologi UmumKaedah penyelidikan yang melibatkan kajian secara mendalam terhadap sesuatu kes, individu atau sekumpulan manusia. Metode ini biasanya digunakan secara meluas dalam bidang psikologi klinikal dan beberapa cabang psikologi lain. Contohnya, kajian tentang masyarakat Sabah yang memakan ulat sagu.
colonytanah jajahan; koloniSejarahTiadajajahan: Tanah yang dijajah oleh kuasa yang lebih kuat dan diperintah berdasarkan sistem pemerintahan penjajah.,2. Sekumpulan manusia yang mendiami kawasan baru, jauh dari negara asal tetapi masih mempunyai hubungan dengan negara ibundanya.
inhuman treatmentperlakuan tak berperikemanusiaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLayanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain.
degrading treatmentperlakuan merendahkanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLayanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau psikologi, perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan nilai kehormatan dan maruah manusia. Tindakan melayan manusia seolaholah seekor haiwan, contohnya memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Perlakuan merendahkan juga termasuklah penderaan seksual.
deportationpengusiranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan mengarahkan individu atau kumpulan keluar dari sesebuah negara dan kembali ke negara asalnya. Contohnya, dalam isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia, antara langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah dengan mengumpulkan mereka di kem tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal. Dalam konteks ini, langkah pengusiran seperti ini tidak bersalahan dengan undangundang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pengusiran juga boleh berlaku dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Pengusiran merupakan perbuatan memaksa dengan kekerasan sekumpulan manusia supaya beralih keluar merentasi sempadan negara dari tempat tinggal yang sah tanpa alasan yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. Pengusiran seperti ini adalah salah satu perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan.
underground filmfilem bawah tanahKomunikasiTiadaFilem yang bertentangan dengan konsep filem arus perdana. Filem ini bersifat percubaan,subversif, bohemian dan hanya menarik minat sekumpulan kecil manusia sahaja. Genre filem ini berasal dari Eropah dan wujud di sekitar tahun 1950-an hingga 70-an. sinema bebas.
123

Kembali ke atas