Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : paling kurang; tersedikit; serendah-rendahnya: Tiap-tiap pemohon bagi jawatan tsb hendaklah mempunyai kelulusan ~ Sijil Rendah Pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, ayat yang manakah betul? Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm atau panjang A adalah sekurang-kurangya 50 cm. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm." Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlmn. 263.
Tatabahasa25.09.2023
Salam, Saya masih belum menerima maklum balas bagi pertanyaan bertarikh 25.9.23. Ayat yang manakah betul? Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm atau panjang A adalah sekurang-kurangya 50 cm. Kata pemeri ialah digunakan sebelum frasa nama, manakala adalah digunakan sebelum frasa adjektif dan sendi nama. Adakah sekurang-kurangnya dalam kategori frasa adjektif? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Panjang A sekurang-kurangnya 50 cm.

Tatabahasa29.09.2023
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan=

Sdr Majidee,

Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif  yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP.

Lain-lain22.05.2009
ada orang cakap, wisma ialah bangunan sekurang-kurangnya 3 unit dan 3 tingkat, betul ke?Untuk keterangan lanjut berhubung kriteria bangunan untuk "wisma", mohon diajukan pertanyaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sekian, terima kasih.Lain-lain10.04.2013
Manakah yang betul? Pemeriksaan mulut dan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun atau setahun sekali?Kedua-dua frasa "sekali setahun" dan "setahun sekali" boleh digunakan dalam ayat yang dinyatakan.Tatabahasa18.04.2021
apa ertinya TOMAHAN? sila beri definasi yang tepat dan sekurang-kurangnya satu contoh perkataan yang menggunakan tomahan. terima kasih.tohmahan bermaksud tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: cth ayat, dia tidak terlepas drpd tohmahan mereka;Makna30.10.2007
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun iniSaya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my.Lain-lain18.01.2009
Salam. Apakah itu frasa?Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Kata kerja juga boleh menjadi frasa, iaitu frasa kerja seperti dalam ayat "Ahmad membaca buku". Membaca ialah frasa kerja dalam binaan ayat tersebut.Makna13.01.2014
Mohon nasihat pihak DBP mengenai penggunaan tanda sempang di dalam ayat berikut: "Kata laluan mestilah mempunyai sekurang- kurangya 10 aksara." Format untuk cetakan buku dan laman web kami mempunyai had dan tiada apa yang kami boleh lakukan untuk menjadikan perkataan "sekurang-kurangnya" menjadi satu baris. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk rujukan lanjut. Apakah format ini boleh diterima? Terima kasih.Format penulisan sebegini boleh diterima, iaitu perkataan selepas sempang disambung ke baris seterusnya kerana ruang tidak mencukupi.  Walau bagaimanapun sekiranya puan ingin perkataan "sekurang-kurangnya" ditulis pada satu baris, puan boleh mengubah ayat kepada: Kata laluan mestilah mempunyai 8 aksara sekurang-kurangnya, dan mengandungi nombor, huruf besar dan huruf kecil.
Lain-lain22.09.2016
kata tugasKata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai  penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 91 - 93.Tatabahasa18.03.2010
123456

Kembali ke atas