Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : paling kurang; tersedikit; serendah-rendahnya: Tiap-tiap pemohon bagi jawatan tsb hendaklah mempunyai kelulusan ~ Sijil Rendah Pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
informative sitetapak bermaklumatBioinformatikBioinformatik MolekulKedudukan sekurang-kurangnya dua sifat yang berbeza dalam set jujukan yang berkaitan, dan setiap sifat ini wujud dalam sekurang-kurangnya dua jujukan. Sifat ini boleh terdiri daripada pelbagai jenis data termasuk morfologi, seperti kehadiran sayap atau tentakel, atau maklumat molekul, seperti jujukan DNA atau protein.
composite materialbahan rencamAeroangkasaTiadaBahan yang dihasilkan daripada gabungan sekurang-kurangnya dua juzuk yang masih mengekalkan ciri masing-masing untuk memberikan sifat yang lebih baik daripada sifat bahan asal.,Bahan yang dihasilkan daripada gabungan sekurang-kurangnya dua juzuk yang masih mengekalkan ciri masing-masing untuk memberikan sifat yang lebih baik daripada sifat bahan asal.
symptom-based strategystrategi berasaskan gejalaKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil tanpa berdasarkan ujian, seperti penyembuhan individu daripada penyakit berjangkit. Melalui kaedah ini, pemantauan dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari selepas individu menunjukkan gejala, sihat sekurang-kurangnya 72 jam dan pengurangan demam tanpa penggunaan sebarang ubat.
growing stockstok tumbuhanPerhutananPengurusan HutanPokok-pokok hidup di kawasan tanah hutan yang terdiri daripada spesies komersial mengandungi sekurang-kurangnya satu batang balak yang berukuran 12 kaki panjang atau 2 batang balak yang berukuran 8 kaki panjang atau lebih dari itu atau sekurang-kurangnya 8 kaki panjang bagi sebatang balak dan mencapai spesifikasi piawai saiz, kualiti dan piawai boleh diniaga.
non-test-based strategystrategi tak berasaskan ujianKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil tanpa berdasarkan ujian, seperti penyembuhan individu daripada penyakit berjangkit. Melalui kaedah ini, pemantauan dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari selepas individu menunjukkan gejala, sihat sekurang-kurangnya 72 jam dan pengurangan demam tanpa penggunaan sebarang ubat.
password ruleperaturan kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeraturan dalam bentuk arahan mengenai panjang, susunan, gabungan, dan pilihan aksara yang akan digunakan dalam kata laluan. Contohnya, setiap kata laluan mesti sekurang-kurangnya mengandungi 8 aksara yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua nombor dan dua aksara khas. Pelaksanaan dasar kata laluan agar pengguna tidak memilih kata laluan yang mudah diteka. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh sistem pengendalian komputer yang ingin dicapai.
at leastsekurang-kurangnyaMatematikTiadaTiada
rain spelltengkujuhSainsHidrometeorologiTempoh sekurang-kurangnya 15 hari berturutan yang setiap harinya mendapat curahan hujan sebanyak 0.5 mm atau lebih.
bilingualismkedwibahasaanSosiolinguistikTiadaPerihal penggunaan sekurang-kurangnya dua bahasa oleh individu atau kumpulan penutur dalam sesebuah negara.
amphotericamfoterKimiaBiokimiaSebatian yang mengandungi sekurang-kurangnya satu kumpulan yang dapat bertindak sebagai asid (penderma proton) dan bes (penerima proton). lih. asid amino.
12345678910...

Kembali ke atas