Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ku.tu] | سکوتو

Definisi : cerutu, lisong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ku.tu] | سکوتو

Definisi : 1. kawan yg turut sama dlm sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dll), teman yg turut dlm sesuatu pakatan (pergabungan dll): kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; negara-negara ~; 2. turut terlibat atau ber-salah (dlm kejahatan dll): orang yg menerima rasuah itu dianggap ~ dgn pemberi rasuah; 3. gabungan (drpd beberapa negeri, badan, dll), syarikat: Raja Sharif Hussain menyata-kan perlawanannya ter­hadap Turki dan menggabungkan diri dgn pihak ~; bersekutu 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, ber­sepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; menyekutui 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; menyekutukan menganggap sbg sekutu (bersekutu): jangan sekali-kali ~ Allah dgn sesuatu yg lain; persekutuan 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (per­usahaan dll), perkongsian; penyekutuan proses (perbuatan) menyeku­tukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ku.tu] | سکوتو

Definisi : 1 kawan(-kawan) yg turut serta dlm sesuatu pakatan; orang yg menjadi teman utk melakukan sesuatu: Dlm peperangan dunia kedua dahulu, Itali telah menjadi ~ Jerman. 2 ikut bersalah atau ikut melakukan sesuatu kejahatan: Mencuri itu ~ menyamun. bersekutu 1 berkongsi utk melakukan sesuatu: Dua buah syarikat telah ~ membina hotel itu. 2 bersatu antara satu dgn yg lain supaya menjadi lebih kuat; bergabung: Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis te­lah ~ menentang Jerman. Negeri-Negeri Me­layu ~ negeri-negeri Melayu yg ber­se­kutu pd zaman pen­jajahan Ing­geris (Selangor, Perak, Negeri Sem­bilan, dan Pahang). me­nye­kutukan mengang­gap ada sekutu­nya; menganggap sbg sekutu: Orang-orang Islam di­larang ~ Allah. mempersekutukan menjadi­kan bersekutu: Perjanjian itu bertujuan ~ keempat-empat buah negeri tsb. per­sekutuan 1 persatuan beberapa orang dll utk tujuan atau utk kepentingan yg sama. 2 pergabungan beberapa buah negeri dsb yg membentuk sebuah negara tetapi tiap-tiap negeri masih berkuasa dlm bidang-bidang tertentu: ~ Tanah Melayu. penyekutuan per­buatan atau hal menyekutukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,

Peribahasa

Buntar dikeping,
     suarang diagih.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
associate companysyarikat sekutuPentadbiran PerniagaanTiadaSyarikat yang kepentingannya dimiliki oleh syarikat-syarikat sekutu lain dengan memegang tidak lebih daripada 50% dan sekurang-kurang 20% kepentingannya.
covert allysekutu berselindungSains PolitikTiadaTiada
Convert AllaySekutu BerselindungSejarahTiadaTiada
covert allysekutu berselindungSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
allied anglesudut sekutuFizikTiadaTiada
network affiliateanggota sekutuPentadbiranTiadaTiada
associate librarianpustakawan sekutuPerpustakaanTiadaOrang yang kedua berkuasa di dalam sesebuah perpustakaan atau timbalan pustakawan.
associative recognitionpengecaman sekutuVeterinarTiadaTiada
associative interpretationtafsiran sekutuGeografiTiadaTiada
associated attributesifat sekutuGeografiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas