Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menye­lang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia men­diamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl tempat duduk di atas belakang kuda, pelana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl batu; menyelakan membaling (melontar) dgn batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) Mn juling (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = sela-sela tempat atau ruang yg terletak di antara dua benda; celah: Dia mengintai dr ~ dinding. 2 apa-apa yg terletak di antara dua benda: Nanas dpt digunakan sbg tanaman ~. menyela 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menam­bah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. menyelakan meletakkan sesuatu di antara dua benda; menye­litkan; menyisipkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : /séla/ tempat duduk di atas be­lakang kuda dll; pelana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sela
Kata Terbitan : sela-sela, bersela, bersela-sela, menyela, sela-menyela, menyelakan, selaan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Di Sela-sela Kesibukan Kota RayaMohd. Adid Hj. Ab RahmanUtusan Pengguna01.05.2007
Di Sela-Sela Kewangan Kepak BulanmuMohd. Adid Ab. RahmanBerita Harian01.10.2006
Di Sela - Sela Lalu LalangAbdulhadi MuhamadWatan20.03.1991
Di Sela MerapiSiti Zainon IsmailBerita Minggu21.12.2003
Kaum Bidayuh sambut perayaan menyembah rohSukiman SelaBerita Harian30.08.1986
Sayang Sarawak projek pertama dua stesen RTMSukiman SelaBerita Harian09.02.1987

Kembali ke atas