Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menye­lang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia men­diamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl tempat duduk di atas belakang kuda, pelana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl batu; menyelakan membaling (melontar) dgn batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) Mn juling (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = sela-sela tempat atau ruang yg terletak di antara dua benda; celah: Dia mengintai dr ~ dinding. 2 apa-apa yg terletak di antara dua benda: Nanas dpt digunakan sbg tanaman ~. menyela 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menam­bah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. menyelakan meletakkan sesuatu di antara dua benda; menye­litkan; menyisipkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : /séla/ tempat duduk di atas be­lakang kuda dll; pelana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sela
Kata Terbitan : sela-sela, bersela, bersela-sela, menyela, sela-menyela, menyelakan, selaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lymph nodenodus limfaPerubatanTiadaSatah mana-mana daripada beberapa bonjolan kecil yang terdapat pada sela-sela tertentu, sepanjang sistem limfa.
air gap arresterpenangkap sela udaraTeknikElektrikPenangkap kilat yang beroperasi berasaskan prinsip sela udara. Satu talian pengalir disambungkan ke bumi melalui sela udara. Apabila talian disambar kilat, voltan talian akan naik dan boleh mengatasi rintangan sela udara. Voltan arus kilat akan mengalir ke dalam sela udara dan terus dinyahcas ke bumi. Dalam keadaan biasa arus tidak mengalir dalam sela udara kerana rintangan sela itu tinggi mengatasi voltan litar.
armature air gapsela udara angkerTeknikElektrikSela udara di antara bahagian yang bergerak, iaitu angker dengan bahagian pegun dalam motor atau penjana. Dalam sela udara ini, perpecahan garisan magnet berlaku dan luas muka keratan fluks bertambah, tetapi ketumpatan fluks berkurang. Di dalam sela udara angker juga berlaku kesan pinggiran dan pertukaran tenaga magnet kepada tenaga mekanik atau sebaliknya mengikut jenis mesin. Jarak sela udara angker perlu dikurangkan seminimum yang mungkin untuk mengelakkan berlakunya kesan-kesan negatif ini.
gap graded aggregatebatu baur bergred sela/agregat bergred selaKejuruteraanTiadaTiada
ignition lagsela masa pencucuhanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSela masa antara pancitan bahan api dengan mula berlakunya pembakaran di dalam kebuk enjin diesel.
air gapsela udaraTeknikElektrikSebarang litar terbuka yang dipisahkan oleh udara, contohnya ruang kosong di antara kutub magnet dengan angker, ruang kosong di antara sentuhan geganti, dan di antara angker dengan teras elektromagnet. Perubahan jarak sela udara ini boleh memberikan kesan kepada litar tersebut, contohnya, sela udara boleh menambah/mengurangkan ketumpatan fluks dalam litar magnet dan boleh menghasilkan bunga api (arka) di antara sentuhan.
dorsum selladorsum selaPerubatanTiadaPlat kuadrilateral tulang sfenoid yang membentuk sempadan posterior sela tursika.
rapid interval scanimbas sela pantasAeroangkasaTiadaProses pengimbasan sesuatu imej pada setiap sela masa 5 minit hingga 15 minit.
gapselaTeknikElektrik1. ruang udara yang memisahkan gegelung dengan angker geganti. 2. Bahagian yang tidak mempunyai teras dalam litar magnet atau disebut sela udara.
equal-interval scaleskala sela samaPsikologiPsikologi UmumSkala yang nilai sifarnya dipilih secara arbitrari tetapi selanya mesti sama. Contohnya, jangka suhu mempunyai skala sela yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas