Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1. selama atau sementara (belum dll):~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah kamu bising; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Getu sementara lagi bintik.

Bermaksud :

Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUFFBALL

Puffball ialah kulat yang mengeluarkan buah

berbentuk bola yang mengandungi spora di

dalamnya. Banyak puffball mempunyai isi

berwarna putih. Ia boleh dimakan selagi isinya

belum bertukar warna, atau menjadi bersabut.

Apabila puffball matang, bahagian dalamnya

menjadi longgokan spora berserbuk, berwarna

kekuningan atau keunguan atau hijau.

UMUM 
KOMODITI UTAMA

Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses.

EKONOMI DAN PENGURUSANSumber/Bahan Alam
TENAGA

Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk

melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau

mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja

dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap

mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah

kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan

terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan

kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja

akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan

dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang

dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga

mekanik .

UMUM 
PORTEJ

Portej ialah mengangkut barangan atau bot

mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau

di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air

terjun atau jeram. Istilah portej juga digunakan

untuk laluan darat bagi membawa barangan.

Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara

sungai dengan tasik dengan kaedah portej.

Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi

bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka

membawa kanu dan barangan melalui laluan

darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang

berikutnya bagi meneruskan pengembaraan

melalui air.

UMUM 
SKLEROSIS LATERAL AMIOTROFIK

Sklerosis lateral amiotrofik, juga dikenali

sebagai ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) ialah

penyakit sistem saraf yang jarang berlaku dan tidak

dapat disembuhkan. Ia juga dikenali sebagai

Penyakit Neuron Motor. ALS secara beransuransur

memusnahkan saraf yang mengawal otot.

Kelemahan, lumpuh, dan akhirnya kematian

berlaku. Doktor menasihati pesakit supaya terus

aktif selagi mereka boleh. Tiada rawatan yang

boleh menghentikan ALS.

UMUM 
PESAWAT PELUNCUR

Pesawat peluncur ialah motobot laju yang

melayap di permukaan air, hampir-hampir sama

seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air

apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk

supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat

ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas

permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan

tekanan air mengangkat motobot itu dan

mengawalnya supaya sentiasa berada di

permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan

alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung

sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya

mempunyai dasar permukaan tunggal.

Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih

bahagian dasar yang terpisah.

UMUM 
PERJANJIAN WAITANGI

Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang

dibuat di antara orang Maori New Zealand

dengan kerajaan British pada tahun 1840.

Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi

jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua

hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada

Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk

menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil-

wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British

mengesahkan dan memberi jaminan kepada

orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya

terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan

kawasan perikanan selagi mereka ingin

menjadikannya sebagai pemilikan mereka.

Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada

secara berkumpulan atau individu. Ratu

bertanggungjawab untuk melindungi orang

Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British

kepada mereka.

UMUM 

Kembali ke atas