Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1. selama atau sementara (belum dll):~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah kamu bising; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Getu sementara lagi bintik.

Bermaksud :

Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berguna pukat selagi berikan, Bila ditahan tentu mengena; Berguna adat selagi beriman, Bila dilupakan tentu terhina.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Batang kelapa di tepi pagar, Jangan dipetik selagi mumbang; Abang menyapa hati berdebar, Entahkan adik sudi memandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pagi redup kita bertemu, Berjalan-jalan di Kampung Jawa; Selagi hidup carilah ilmu, Tidak menyesal di hari tua.Pantun Melayu SarawakIlmu
Pokok jering baru berbuah, Mari ambil jual di kedai; Selagi ada biring bertuah, Jalak jangan tunjukkan pandai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari seberang naik rakit, Sampai ke darat mencuci tangan; Selagi ada ladang di bukit, Susah nak tumbuh tanam-tanaman.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Asam jawa pokok di hutan, Dibawa orang tanam ke desa; Selagi nyawa dikandung badan, Tidaklah hamba berputus asa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisau peraut diberi berhulu, Hulu pisau berkarangan; Pergi ke laut abang dahulu, Selagi pulau berlarangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas