Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1. selama atau sementara (belum dll):~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah kamu bising; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Getu sementara lagi bintik.

Bermaksud :

Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Selagi Dan SelagiOthman MatUtusan Zaman23.09.1984
Selagi Ada DisiniA Hadzri TalibWarta Perdana20.08.2006
Selagi MenyalaIza HairaniBacaria13.10.1993
Selagi ada matahari dan bulan istilah baru diciptaTiadaMingguan Perdana28.11.1982
Selagi Dada BerdenyutRaymond MajumahWarta Perdana18.03.1990
Selagi tentera berkuasa golongan Islam tak punya harapan di Indonesia- RosihanTiadaUtusan Malaysia17.08.1989
Selagi Lading Masih di TanganNisah HaronBerita Minggu15.09.1996
Selagi Dinamakan LelakiRoslan MUtusan Borneo03.03.1997
Selagi Belum BertemuAnjanglieBacaria01.03.1997
Selagi hak masih adaKunang-kunangBerita Harian11.07.1998
123456

Kembali ke atas