Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1. selama atau sementara (belum dll):~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah kamu bising; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 
Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.

Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Getu sementara lagi bintik.

Bermaksud :

Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.

Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
life linesmanpembantu penyelamKejuruteraanTiadaPembantu yang menjaga tali keselamatan penyelam selagi penyelam berada dalam air, membantu untuk menurunkan penyelam dan menariknya naik apabila diisyaratkan supaya berbuat demikian.
suspendpenggantunganUndang-undangTiadaTidak melaksanakan hukuman bergantung pada syarat tertentu selagi syarat-syarat tersebut dipatuhi, contohnya dalam seksyen 294 dan 173A Kanun TatacaraJjenayah.
joint life annuityanuiti hayat bersamainsuransTiadaPolisi yang membayar faedah selagi dua anuitan atau lebih masih hidup dan akan berhenti sebaik sahaja salah seorang mati.
adventitious dentinedentin adventitiusPerubatanTiadaDentin yang terbentuk selepas pembentukan gigi, berterusan selagi gigi masih vital. Sinonim : dentin sekunder.
joint life annuityanuiti hayat bersamaPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi yang membayar faedah selagi dua anuitan atau lebih masih hidup dan akan berhenti sebaik sahaja salah seorang mati.
memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan utama, storan utama, storan primer dan ingatan primer.

right to lifehak kehidupanUndang-undangTiadaHak seseorang untuk hidup dan menjalani kehidupan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
noncancellable policypolisi tidak boleh batalinsuransTiadaKontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh insured. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh insured atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja.
noncancellable policypolisi tidak boleh batalPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh pihak yang diinsuranskan. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh pihak yang diinsuranskan atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja.
1234567

Kembali ke atas