Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lain] | سلاءين

Definisi : 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lain] | سلاءين

Definisi : , = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satu betul selain itu atau selain daripada ituSelain itu.Tatabahasa20.08.2009
salam, yg manakah benar, "selain itu" dan "selain daripada itu"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'Selain' bermaksud 'di samping'. Oleh itu, penanda wacana 'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.Tatabahasa08.03.2012
Merujuk kepada kamus dewan, 'selain' bermaksud di samping, bersama-sama dgn. Adakah penggunaan 'selain' dalam frasa berikut gramatis? a) Selain acara lompat tinggi, ... b) Selain daripada acara lompat tinggi, ...Ayat yang gramatis ialah ayat (a). Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain sudah bermaksud lain daripada.  Tatabahasa12.07.2009
Minta kepastian daripada DBP. Yang mana betul ? selain itu / selain daripada itu; salah satu / salah satu daripada; melentur bulur biar dari rebung / melentur buluh daripada rebung; semua data murid perlu dimasukkan. . ./ data murid perlu dimasukkan. . Terima kasih.Frasa yang betul ialah selain itu, salah satu daripada,  peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung",  ...semua data murid perlu dimasukkan.Tatabahasa12.08.2013
Mengapakah kita tidak boleh menggunakan perkataan"selain daripada itu"?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa24.06.2009
Adakah penggunaan penanda wacana 'selain daripada itu menepati sistem bahasa yang tepat?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa20.09.2006
Helo, Apa khabar? Mana satu penanda wacana yg betul? Selain itu atau Selain daripada itu? Oleh kerana atau oleh sebab? Dalam pada itu atau dalam itu?Penanda wacana yang digunakan ialah selain itu, oleh sebab dan dalam pada itu. Tatabahasa30.01.2008
kesalahan penggunaan selain daripada itu....'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Penggunaan yang betul dan tepat ialah 'selain itu'.Tatabahasa12.07.2012
apakah perbezaan di antara penggunaan : selain itu dengan selain daripada itu?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'Selain' bermaksud 'di samping'. Oleh itu, penanda wacana 'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Penggunaan yang betul ialah 'selain itu'.Tatabahasa25.02.2011
Selain 'serabut diet", bolehkah "Serat Makanan" digunakan untuk "dietary fibre"? Sekian, terima kasih.Istilah "dietary fibre" boleh diterjemahkan sebagai "serabut diet", "serat diet" atau "serat pemakanan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah25.05.2022
12345678910...

Kembali ke atas