Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lain] | سلاءين

Definisi : 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lain] | سلاءين

Definisi : , = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pasuk Bj, Slpaku kayu, pasak.Biasanya kayu yang digunakan untuk membuat lepa diawetkan seperti diwapkan terlebih dulu bagi tujuan ketahanan. Selain itu, pasuk iaitu paku kayu digunakan bagi menyambungkan setiap bahagian lepa itu.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tamu MSbpekan (pasar) sehari.Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pudak Ibsejenis pokok yang tumbuh di tepi sungai, daunnya seperti daun kari dan berbau wangi. Ia juga berbuih dan boleh digunakan sebagai syampu.Kedatangan kami berdua ini memang ada tujuannya, Selain datang melawat ke sini, Kami berdua hendak menjinakkan Anak bunga pudakNovel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linapon Mrkerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas.Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinau, *tinauk* Mrpesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian.Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian.Beri Sampai Mati BahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas