Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selainnya 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera,1. Saya ingin tanya penggunaan "dan lain-lain"boleh digunakan atau tidak.Contohnya "Di dusun datuk ada banyak pokok buah-buahan seperti pokok durian,pokok manggis,pokok ciku dan lain-lain."Adakah sepatutnya digantikan dengan "selainnya/sebagainya" 2.Ayat manakah yang betul? "Meja ini diperbuat daripada kayu"atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? Terima kasih.Penggunaan …dan lain-lain tidak menyalahi hukum tatabahasa dan sama maksud dengan dan sebagainya (bukan selainnya). Kata terbitan dibuat dan diperbuat boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan, membuat bentuk pasifnya ialah dibuat, manakala memperbuat bentuk pasifnya ialah diperbuat. Tatabahasa11.12.2014
Perkataan “seal” dipadankan dengan“melak”. Kami bercadang untuk menggunakan padanan “mengelak”. Bolehkah padanan ini digunakan dan adakah ia teratur dari sudut tatabahasa? Sebagai contoh dalam konteks ini: (1) Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta melak atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.”. Terima kasih.Padanan seal dalam bidang undang-undang ialah tutup; materi; mohor; kedap; dan anjing laut bergantung pada konteks penggunaannya. Berdasarkan konteks ayat yang diberi cadangan kami seal diterjemahkan kepada tutup/menutup - Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta menutup atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.
Istilah28.05.2021
Assalamualaikum. Bolehkah kita menggunakan dan lain-lain lagi atau dan sebagainya dalam penulisan/ peperiksaan ? Contohnya: 1. Dia membeli ikan ,udang,sayur, telur dan lain-lain lagi. (Guru saya melarang penggunaan dan lain-lain lagi kerana tidak dinyatakan dengan yang jelas apa sebenarnya lain-lain itu) 2. Aini memasukkan garam,gula ,rempah dan sebagainya ke dalam periuk itu. Terima kasih.Penggunaan …dan lain-lain tidak menyalahi hukum tatabahasa dan sama maksud dengan dan sebagainya (bukan selainnya). Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul penggunaan tatabahasanya. Tatabahasa03.07.2017
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM.Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA.Lain-lain03.12.2007
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.


1. AYAT SURUHAN
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini!


2. AYAT  LARANGAN
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya: Jangan ambil harta orang.

3. AYAT SILAAN
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut:  Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.

4. AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang.


Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah:
Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.
Tatabahasa08.03.2016

Kembali ke atas